MASYA MASYITAH MUNCUL DENGAN SINGLE TERBARU ‘HALIMUNAN’
Selepas tampil dengan
single ‘Mawar Terbiar’ tidak lama dahulu, kini bekas juara Ceria Popstars 2014,
Masya Masyitah kembali dengan lagu terbaru berjudul ‘Halimunan’. Masih tidak
lari daripada kisah cinta, Masya terus berani mempertaruhkan tema lagu yang
biasanya dekat di hati peminat.
Kali ini penyanyi wanita bersuara lantang ini bekerjasama dengan tiga orang jejaka berbakat iaitu Omar K, Blaine Bakri dan juga John Jeevasingham selaku komposer dan penulis lirik ‘Halimunan’.
Genre yang di bawakan untuk lagu ini agak berlainan dari lagu Masya yang sebelumnya. Lagu ini lebih berentak ‘pop’ yang mana dirasakan lebih bersesuaian dengan umur serta trend muzik terkini.
Masya yang juga fasih berbahasa Mandarin, sempat mengharumkan nama Malaysia dua tahun lalu selepas dinobatkan pemenang tempat kedua bagi kategori vokal sewaktu bertanding di Hong Kong International Music Festival 2016.

Kini penyanyi yang
berasal dari Kulim, Kedah ini lebih yakin untuk bertapak dalam industri seni
suara tempatan berbekalkan dengan lagu terbarunya ini.
Menurut Feros, Ketua Label Muzik,
Rocketfuel Records,
“Mungkin masih
ramai lagi yang tidak berapa mengenali Masya tetapi kita di Rocketfuel percaya
pada bakat yang ada pada beliau dan kita akan bersama-sama berusaha untuk terus
menaikkan Masya. Masya mempunyai kekuatan dalam vokal di tambah lagi beliau
fasih dalam menyanyikan lagu bahasa Mandarin sudah semestinya menjadi pakej
yang terbaik. Jadi saya berharap agar pencinta muzik akan terus memberikan
Masya ruang dan sokongan padu.
Lagu ‘Halimunan’ boleh dimuat turun di
iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat
telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian
seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Video lirik dan muzik lagu ‘Halimunan’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Video lirik dan muzik lagu ‘Halimunan’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Comments
Post a Comment