MEDIA PRIMA RANGKUL 4 TROFI DI #MEVENTS2018
Malam yang gemilang bagi Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia, selepas merangkul tiga anugerah perak dan satu anugerah gangsa di The Marketing Events Awards 2018 yang berlangsung minggu lepas di Singapura.
- · Best Event – Consumer: Gegaria Fest
- Best Event – Home-Grown: Pentas AJL32 Bergerak
- Best Event – PR/Guerrilla Marketing Stunt: Pentas AJL32 Bergerak
Manakala,
anugerah gangsa pula dimenangi melalui:
- · Best Event – Use of Bloggers / Influencers: Gegaria Fest
Datuk Seri Abdul
Jalil Abdul Hamid, Ketua Pengarah Eksekutif, The New Straits Times Press (M)
Berhad berkata: “Gegaria Fest merupakan acara pertama berkonsepkan
digital yang dianjurkan oleh Media Prima sebagai platform dan memberi peluang,
terutamanya pada golongan milenial, untuk berhubung, berkongsi dan
menginspirasi komuniti yang lebih besar. Kesemua ahli pasukan Gegaria Fest telah
memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran acara dan berhak
menerima pengiktirafan ini.”
Kejayaan hebat AJL32 tidak
mungkin tercapai tanpa teknik gerila pemasaran yang menarik iaitu Pentas
AJL32 Bergerak. Acara ini merupakan gabungan unik bakat pemuzik muda dan
yang meningkat naik yang mempunyai daya terikan kepada penonton golongan
milenial, pelaksanaan kreatif acara “on-ground”, kandungan yang kukuh
dengan potensi viraliti yang hebat serta kolaborasi yang strategik dengan rakan
kongsi yang berkongsi aspirasi dan audiens sasaran AJL.
Encik Johan Ishak, Ketua Pengarah
Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata: "Para pengguna dan
pelanggan mahukan pelaksanaan program yang berkaitan digital dan Media Prima
tidak mensia-siakan peluang ini. Kami faham akan keperluan untuk tampil kepada
penonton golongan milenial dan pelaksanaan acara seperti Pentas AJL32
Bergerak menepati kemahuan tersebut. Acara kejutan yang diadakan secara
langsung di dalam keretapi Mass Rail Transit (MRT) yang sedang beroperasi,
dipersembahkan oleh dua artis Malaysia yang semakin popular, menampilkan 12
lagu finalis AJL membuatkan para penumpang menyebarkan kegembiraan tersebut
melalui peranti mudah alih kepada rangkaian kenalan mereka. Anugerah ini adalah
bukti bahawa Media Prima berada di landasan yang betul untuk mencapai misi
untuk menjadi syarikat kandungan digital dan perdagangan yang terkemuka di
Malaysia. "
The Marketing Events Awards 2018 ini merupakan edisi ketujuh yang
merekodkan 200 penyertaan di dalam 28 kategori daripada agensi-agensi penganjuran
acara terkemuka di serata Asia Tenggara. Anugerah tahun ini merupakan
pencapaian yang signifikan untuk Media Prima selepas memenangi anugerah Syarikat
Media Terbaik tahun ini dan penghargaan-penghargaan utama yang lain di pertandingan
berprestij The Sparks Awards 2018.
Comments
Post a Comment