Sempena pesta Halloween,
Golden Screen Cinemas bakal membawakan pengalaman "mengerikan" kepada penggemar filem-filem seram pada bulan Oktober ini.
Kempen
Screens of Terror menawarkan gula-gula percuma kepada penonton-penonton yang menunjukkan keratan tiket mereka kepada staf GSC yang memakai topi ahli sihir dan membawa labu pumpkin. Pemberian percuma yang digelar
Witching Hour Weekend ini hanya berlangsung setiap Khamis sehingga Sabtu, dari jam 8pm ke atas di pawagam-pawagam terpilih.
Pengunjung juga berpeluang bergambar dengan watak-watak ikonik seram seperti Freddy Krueger dari Elm Street dan Count Dracula. Dalam masa yang sama, mereka boleh menyertai peraduan Spookiest Instagram yang menawarkan pelbagai hadiah yang hebat. Terdapat banyak lagi aktiviti seram tetapi menyeronokkan menanti anda di pawagam-pawagam GSC.
Antara filem-filem seram yang bakal ditayangkan di GSC adalah:
|
The Haunting Hour (4 Oct) |
|
Beddua (4 Oct) |
|
Mandy (11 Oct) |
|
The School (11 Oct) |
|
Malicious (18 Oct) |
|
Sabrina (18 Oct) |
|
Goosebumps 2 (25 Oct) |
|
Halloween (25 Oct) |
Kempen
Screens of Terror akan tamat pada 4 November 2018.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.gsc.com.my atau laman Facebook GSC
www.facebook.com/GSCinemas.
Comments
Post a Comment