SINOPSIS SLOT ZEHRA TV3: MENCARI QIBLAT



Menampilkan Aeril Zafrel sebagai teraju utama, drama Mencari Qiblat yang bertemakan kerohanian ini mengetengahkan penceritaan berbeza pada setiap episod.

Adam ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana Adam lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, dia sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kehilangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?


Mencari Qiblat
Tarikh Siaran : Setiap Rabu dan Khamis, bermula 25 Oktober 2018
Masa Siaran : 9.00 malam – 10.00 malam
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Rashbir Media Sdn. Bhd.
Pelakon : Aeril Zafrel, Elly Mazlein, Fahrin Ahmad, Didie Alias, Arash Mohd, Dato Rahim Razali, Fauziah Nawi

Saksikan drama-drama hebat TV3 ini! Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

REVIEW: SAMBAL SIGNATURE CHEF WAN YANG MENGGELETEK LIDAH

SETIA AWAN JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JENAMA RUNCIT SERTA MAKANAN & MINUMAN TERKEMUKA SEMPENA PELANCARAN PUSAT MEMBELI-BELAH KOMUNITI PERTAMA DI BUKIT AMPANG PERMAI