SENARAI 10 FINALIS TERBAIK BMW SHORTIES 2018.



BMW Shorties, pertandingan filem pendek yang paling berprestij dan bersejarah di Malaysia telah melalui proses penyaringan dan telah memilih 10 Finalis Terbaik daripada kumpulan pembikin filem dan kandungan digital yang berbakat dari Malaysia. Para finalis tersebut juga akan mengharungi persaingan untuk memenangi Anugerah Pilihan Popular BMW Shorties 2018, yang akan membuka undian kepada orang ramai bermula dari 22 November sehingga 7 Disember 2018.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia berkata, “Sejak pengenalannya, BMW Shorties telah menjadi sebuah platform yang berjaya di Malaysia bagi pembikin filem dan kandungan digital di peringkat tempatan untuk mereka mengongsikan visi-visi artistik, berpaksikan kisah-kisah yang dizahirkan di Malaysia. Pada tahun ini, kami berasa gembira untuk menyaksikan kumpulan bakat-bakat yang baharu mempamerkan minat mereka terhadap seni pembikinan filem serta kandungan digital, dengan finalis-finalis kami ini yang berjaya muncul sebagai wakil yang terbaik daripada kalangan mereka.”

Kini, untuk tahun yang ke-12, BMW Shorties kembali untuk mencabar pembikin filem dan kandungan digital dengan temanya, “DRIVE”. Setiap insan memerlukan dorongan untuk mencapai matlamat mereka. Dorongan ini merupakan sifat semula jadi dan ia disemarakkan lagi, lebih daripada rangsangan yang diberikan melalui semangat semata-mata. Ia memerlukan sebuah impian.

Barisan juri bagi pertandingan tahun ini merangkumi nama-nama besar dalam industri perfileman tanah air, dan mereka terdiri daripada juri veteran BMW Shorties yang juga merupakan seorang pembikin filem komersial, Lina Tan; pembikin filem yang mempunyai pelbagai anugerah di bawah namanya, Isazaly Mohd Isa; pembikin filem dan penulis skrip lakon layar, Nadira Ilana; pembikin filem dan penggarap anugerah, Tan Chui Mui; serta pembikin filem dan penglipur lara yang sedang giat menempah nama, Quek Shio Chuan.

Lina Tan menyatakan, “Sekali lagi, saya berasa kagum untuk menyaksikan penyertaan yang diterima untuk tahun ini. Para peserta telah memperhalusi tema ‘DRIVE’ melalui pelbagai pendekatan yang diambil oleh mereka. BMW Shorties sekali lagi telah mencungkil bakat pembikin-pembikin filem ini, sekali gus mendorong mereka untuk mencabar batasan dan merealisasikan visi-visi kreatif mereka.”

Sementara itu, Tan Chui Mui menjelaskan, “Nurani dan nilai kemanusiaan merupakan antara elemen penting yang kami ingin melihat dalam pembikinan sebuah filem pendek, dan penyertaan bagi tahun ini telah menonjolkan elemen-elemen tersebut serta ia juga telah memberi inspirasi kepada saya. Saya ingin melihat sejauh mana mereka dapat membawa kemampuan ini pada masa yang akan datang.”

Quek Shio Chuan, yang juga merupakan alumni BMW Shorties berkata, “Kami berasa terdorong untuk berpeluang menyaksikan kaliber dan kualiti yang diperlihatkan oleh kumpulan peserta bagi tahun ini. Kami dapat melihat bakat-bakat yang luar biasa serta potensi mereka untuk mengendalikan genre dan mendekati tema yang diberikan, lantas menyukarkan lagi tugas kami sebagai juri.”

Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties akan membawa pulang geran produksi yang berjumlah RM 80,000. Pencapaian yang lain juga turut diiktiraf termasuk bagi Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik serta Anugerah Pilihan Popular.

Filem-filem pendek daripada 10 Finalis Terbaik BMW Shorties 2018 kini sedia untuk ditonton dan diundi menerusi laman web BMW Shorties DI SINI. Orang ramai dipelawa untuk mengundi filem pilihan mereka bagi Anugerah Pilihan Popular bermula dari 22 November sehingga 7 Disember 2018.

Finalis-finalis BMW Shorties 2018 (bukan dalam urutan yang tertentu) ialah:
·        Kampung Aman oleh Sherywnn Victor dan Michael Lourdes
·        Simon & Ah Bou oleh Vikster Chew Chin Wai
·        Lelaki Yang Dirindui oleh Ariff Zulkarnain
·        Nautika oleh Muhammad Fikri bin Mohd Zamri
·        Colourless oleh Ananth Subramaniam
·        Block A-2-15 oleh Won Jun Yap
·        Handbag oleh Mohd Khairul Anuar
·        Silence oleh Ng Seow Mun
·        Stranded oleh Lai Yik Heng
·        Burn oleh Ng Kwok Yong

Calon-calon bagi Anugerah Sokongan BMW Shorties 2018 (bukan dalam urutan yang tertentu) ialah:
·        Pengarah Terbaik
o   Colourless oleh Ananth Subramaniam
o   Block A-2-15 oleh Won Jun Yap
o   Kampung Aman oleh Sheryn Victor dan Michael Lourdes
o   Simon & Ah Bou oleh Vikster Chew Chin Wai
o   Lelaki Yang Dirindui oleh Ariff Zulkarnain

·        Sinematografi Terbaik
o   Nautika oleh Benjamin Wong
o   Colourless oleh JF Chong
o   Simon & Ah Bou oleh Tan Seng Kiat
o   Kampung Aman oleh Michael Lourdes
o   Limitless oleh Chong Boon Yee and Geink Noise

·        Lakon Layar Terbaik
o   Kampung Aman oleh Caston J
o   Simon & Ah Bou oleh Vikster Chew Chin Wai
o   Block A-2-15 oleh Won Jun Yap
o   Lelaki Yang Dirindui oleh Ariff Zulkarnain
o   Colourful oleh Ridhwan Malik dan Khairi Anwar

·        Rekaan Produksi Terbaik
o   Block A-2-15 oleh Won Jun Yap
o   Kampung Aman oleh Ravindran Krishnan
o   Simon & Ah Bou oleh Viskter Chew Chin Wai
o   Nautika oleh Abderrahman Almonzer
o   A Special Night oleh Fish Lim

·        Rekaan Bunyi Terbaik
o   Kampung Aman oleh Yusof Han
o   Limitless oleh Kurisu
o   Nautika oleh Aiman Ariffin
o   Colourless oleh Chris G

·        Suntingan Terbaik
o   Limitless oleh Kurisu and Foo Wei Jien
o   Kampung Aman oleh Sherwynn Victor
o   Nautika oleh Fikri Zamri
o   Block A-2-15 oleh Won Jun Yap
o   Colourless oleh Jordan Goh

·        Pelakon Lelaki Terbaik
o   Radhi Khalid dalam Kampung Aman
o   Tam Yee Swee dalam Simon & Ah Bou
o   Alang Fadhli dalam Lelaki Yang Dirindui
o   Lim Yew Beng dalam Simon & Ah Bou
o   Ray Cheong dalam Block A-2-15

·        Pelakon Wanita Terbaik
o   Farah Ahmad dalam Sayang
o   Atiqah Afina dalam Colourless
o   Nina Kho dalam The Parcel
o   Janice Yeoh dalam Stranded
o   Putri Syahadah Nurjannah dalam Consent 18

Pemenang-pemenang anugerah BMW Shorties 2018 akan dinobatkan di Festival Filem BMW Shorties yang akan diadakan pada 15 Disember 2018 di Tiffin Food Court, beralamat di 15, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram rasmi BMW Shorties di www.instagram.com/bmwshorties.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI