CFU DMS LANCAR SINGLE TERBARU "KU TAKKAN MENYERAH"



Berbekalkan semangat pejuang, Dato’ Seri Dr. Muhamad Ruslan Shah atau lebih mesra dikenali sebagai CFU DMS, Presiden dan pengasas produk DMS360. Telah menghasilkan single kedua beliau yang berjudul "KU TAKKAN MENYERAH".

Lagi ini adalah hasil gubahan Adi 6ixthsense, yang juga bertindak sebagai penerbit. Lirik yang penuh makna dan berdasarkan pengalaman CFU DMS ditulis bersama oleh Emma Rockers dan CFU DMS sendiri.


Lagu ini mengisahkan perjuangan CFU DMS, dari awal pembabitannya sebagai seorang pengasas produk, daripada kejatuhan dalam perniagaan seterusnya sehingga kebangkitan semula diceritakan didalam lagu ini.

CFU DMS mengambil masa setahun untuk membuat "comeback" selepas menyepi kerana masalah peribadi.

Di dalam Music Video “Ku Takkan Menyerah" lakonan bersama dengan artis jemputan pelakon sensasi Zarina Zainoordin AF yang menghidupkan watak sebagai isteri kepada CFU DMS.

Lagu ini juga merupakan pencetus semangat perjuangan dalam diri untuk semua lapisan masyarakat sebagai pengajaran untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Single terbaru  "Ku Takkan Menyerah" diterbitkan oleh Impact Music & Entertainment dan diedarkan oleh FMC Music Sdn. Bhd.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak Management CFU DMS Impact Music & Entertainment, En. Sazalie Hj Maswasie / Puan Emma di Talian 011-2780 8886

 

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA