FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 33 TERUNGKAI
Dayang Nurfaizah |
Muzik Muzik 33 Separuh Akhir telah melabuhkan tirainya dan menyenaraikan 12 buah lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu 33, minggu lalu. Bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, lapan buah lagu telah membuat persembahan setelah 11 buah lagu dipersembahkan pada 9 November, dan 11 buah lagu lagi pada 16 November 2018 yang lalu.
Menurut
Ketua Juri Muzik Muzik 33 Separuh Akhir, Datuk Mokhzani Ismail, “Secara keseluruhannya saya berpuas hati
dengan keputusan yang dicapai sebulat suara daripada semua barisan juri. Ianya
satu keputusan yang sukar untuk dilakukan kerana penyertaan lagu di SFMM33 kali
ini amat hebat. Para komposer dan penulis lirik sememangnya telah meningkatkan
penanda aras Anugerah Juara Lagu. Oleh itu, saya berani jamin, pada 3 Februari
2019 nanti, para penonton akan alami satu pengalaman baharu dalam Anugerah
Juara Lagu 33.”
Lagu-lagu
yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 33 adalah:
ARTIS
|
LAGU
|
KOMPOSER
|
PENULIS
LIRIK
|
SITI SARAH
|
Semakin
|
Mera Utama
|
Mera Utama
|
ARA JOHARI
|
Bunga
|
Hang Nadim, Laq, Kadok
|
Hang Nadim
|
Kau Pun Sama
|
Syamel & Kidd Santhe
|
Syamel
|
|
MISHA OMAR
|
Sampai Bila
|
Sharon Paul
|
Fedtri Yahya & Shah
Shamshiri
|
HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH
|
Haram
|
Hael Husaini & Ezra
Kong
|
Hael Husaini & Ezra
Kong
|
KHAI BAHAR
|
Luluh
|
Khai Bahar
|
Khai Bahar
|
ALTIMET
|
Bunga
|
Omar K, John Jeevasingam
|
Altimet
|
HAQIEM RUSLI
ft AMAN RA
|
Jatuh Bangun
|
Haqiem Rusli, Omar K,
Ikhwan Fatanna
|
Haqiem Rusli, Omar K,
Ikhwan Fatanna, Aman Ra
|
AMYLEA X KAER
|
Tak Pernah Hilang
|
Farouk Roman
|
Amylea
|
HAEL HUSAINI
|
Hajat
|
Hael Husaini, Ezra Kong
|
Hael Husaini, Ezra Kong
|
SUFIAN SUHAIMI
|
Di Matamu
|
Sirkhan & Rinkarnaen
|
Sirkhan & Rinkarnaen
|
SITI NORDIANA & JACLYN VICTOR
|
Nisan Cinta
|
Hael Husaini, Mike Chan,
Ezra Kong
|
Hael Husaini, Mike Chan,
Ezra Kong
|
Muzik
Muzik 33 Separuh Akhir yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Husni ini
telah bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada
9, 16 dan 23 November 2018 menampilkan 30 buah lagu bertanding.
Kesemua lagu bertanding itu telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan diketuai oleh Datuk Mokhzani. Produksi ini diketuai oleh Nurhul Huda Hj Khalid sebagai Penerbit Eksekutif dan Hamsiah Biri sebagai Penerbit.
Wany Hasrita |
Kesemua lagu bertanding itu telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan diketuai oleh Datuk Mokhzani. Produksi ini diketuai oleh Nurhul Huda Hj Khalid sebagai Penerbit Eksekutif dan Hamsiah Biri sebagai Penerbit.
Buat
para peminat Muzik Muzik yang tidak berkesempatan untuk menonton SFMM33 secara
langsung, atau ingin menonton setiap minggu separuh akhir itu secara ulangan
boleh layari saluran Youtube TV3 Malaysia dan tonton di www.tonton.com.my.
Selain
itu, para penonton kini boleh tumpukan sokongan mereka kepada Anugerah Juara
Lagu 33 dan dialukan untuk menghangatkan perbualan atas talian dengan
menggunakan tanda pagar #ajl33 di setiap laman media sosial mereka. Nantikan
Anugerah Juara Lagu 33 yang akan bersiaran langsung dari Stadium Axiata, Bukit
Jalil pada 3 Februari 2019 nanti. Layari xtra.com.my dan ikuti media sosial TV3
Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter untuk dapatkan maklumat lanjut.
Comments
Post a Comment