SIRI WEB REALITI "MISS PINKLADY" BERMULA 1 DISEMBER INI



Di Sudirmcn Cafe, EDC Hotel telah berlangsungnya majlis pelancaran siri-web realiti pencarian model "MISS PINKLADY' di mana 12 peserta wanita bersaing dalam pelbagai cabaran untuk merebut gelaran sebagai Miss Pinklady yang pertama.
Setiap peserta akan ditempatkan bersama dengan keduabelas finalis Miss Pinklady di dalam satu rumah banglo. 

Miss Pink Lady adalah pertandingan web-realiti online yang dianjurkan oleh jenama suplemen wanita, Pink Lady dan diterbitkan oleh iCube Studio. Program baru ini bertujuan untuk mencari wajah baru dalam persada dunia peragaan dan menjadi model yang serba boleh. 

12 peserta Miss Pink Lady bukan sahaja akan diuji berdasarkan kemahiran peragaan mereka, malah pelbagai bakat lain juga. Mereka juga akan dibimbing oleh Sunshine yang merupakan model antarabangsa. 

Sunshine juga diberi tanggung jawab sebagai mentor mereka di sepanjang program itu. Dari minggu ke minggu, juri professional akan mengadili setiap tugasan yang diberikan dan akan memberi markah untuk setiap tugasan. 

Penyingkiran peserta akan dibuat jika setiap tugasan tidak dapat memenuhi kriteria tugasan yang diberi. 


Pengarah Urusan daripada iCube Studio, En Mohd Hafiz Naslallizi berkata, "Kami mencari seseorang yang bukan sahaja hebat dari segi peragaan tetapi mempunyai pelbagai bakat lain untuk menjadi bintang yang serba boleh dan mengikut kehendak industri pada masa kini." 

Produser program En. Azwan Ismail berkata, "Untuk memastikan program ini berjalan lancar kami membuat persiapan rapi dan mengangkat program ini setanding dengan program antarabang sa, disamping menggunakan tempat yang prestij seperti di istana budoya sebagai tempat ujibakat program ini" 

Setiap episode akan merangkumi pelbagai aspek sebagai seorang model dan "public figure" antara tugas yang akan diberikan seperti peragaan, photoshoot, charity, video komersial. aktiviti lasak dan sebagainya.


Penonton dapat mengundi peserta kegemaran mereka di website rasmi www.pinklady.tv . Siaran langsung akan diadakan secara mingguan di website rasmi www.pinklady.tv, Youtube rasmi Miss Pinklady, Facebook dan media rasmi 'Rentak Sejuta'.

Penonton juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan hadiah lain di hujung setiap rancangan. 

Pemenang Miss Pink Lady akan memenangl hadiah wang tunai bernilai RM10,000 sekali gus memegang title Miss Pinklady yang pertama sewaktu acara kemuncak yang dijangka akan berlansung pada pertengahan Februari. 

Setiap episod Miss Pink Lady akan disiarkan secara langsung dan live streaming pada setiap hari Sabtu jam 9 malam mulai 1 Disember 2018

Untuk maklumat lanjut mengenai Miss Pink Lady, sila layari www.pinklady.tv dan ikuti akaun lnstagram rasmi di @misspinklady.tv



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!