TAMAN SUPERPARK BAKAL DIBUKA DI AVENUE K DISEMBER INI
SuperPark merupakan sebuah taman kegiatan
kawasan tertutup semua dalam satu dari Finland. Taman kegiatan yang paling
mesra-pengguna di dunia ini bakal memberikan nafas baharu kepada gaya hidup di
Malaysia melalui pelancaran rasmi SuperPark Malaysia pada minggu pertama
Disember 2018!
Dengan keluasan 40,000 kaki persegi dan lokasi strategiknya di tengah-tengah Kuala
Lumpur, SuperPark Malaysia bakal membawa keterujaan kepada rakyat Malaysia
dari segenap lapisan masyarakat. Taman kegiatan ini akan menawarkan lebih 20
kegiatan menghiburkan, menyeronokkan dan penuh bertenaga di bawah satu
bumbung di Pusat Beli-belah Avenue K.
Suasana di situ pastinya dipenuhi
kemeriahan dan gelak ketawa kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
Ekskusif di Malaysia adalah sebuah gelanggang luncur dengan keluasan 2,500 kaki
persegi yang diperbuat daripada ais tiruan 100% yang boleh dikitar semula, tidak
toksik, serta disahkan mesra terhadap alam sekitar. Gelanggang luncur standard
sukan tersebut mampu menampung beban yang amat tinggi. Lebih-lebih lagi, ais
tiruannya bertindak seakan-akan ais biasa! Antara manfaat ais tiruan adalah
tiadanya ais, sekaligus menjadikannya selamat untuk berjalan di atasnya tanpa
tergelincir.
Ketua Pegawai Eksekutif Global SuperPark, En. Juha Tanskanen berkata, “Matlamat
kami adalah untuk berkongsi keseronokan pergerakan dan permainan dengan semua
lapisan usia, tidak kira tahap kecergasan. Bagi mencapai matlamat ini, kami telah
mencipta satu taman kegiatan yang paling mesra pengguna di dunia, satu tempat
menyihatkan dan menggembirakan, di mana semua orang diterima bak sahabat.
Malaysia pasti akan jatuh cinta dengan gaya hidup ‘Superparking’ dengan bermain,
bersahabat dan demi kesihatan lebih baik.”
Menyusuli SuperPark Hong Kong yang bakal menyambut ulang-tahun pertama tidak
lama lagi serta SuperPark Singapura yang bakal dibuka pada 17 November 2018,
SuperPark Malaysia turut akan menghidupkan konsep asal SuperPark yang
menakjubkan.
SuperPark Malaysia akan menawarkan lebih 20 kegiatan berdasarkan tiga
tema:
- Adventure Area menawarkan kegiatan menarik buat anak kecil serta ibu bapa, termasuklah iWall (permainan parkour interaktif), Flying Fox, Tiub Slide (papan gelongsor), Kid’s Gym (sudut si cilik), Kid’s Adventure City (menara permainan), Pedal Car Track, dan banyak lagi.
- Di Game Arena, remaja boleh menikmati sukan seperti besbol, meningkatkan kemahiran sukan mereka dengan Street Basketball (bola keranjang) atau bersaing dengan penjaga gol kecerdasan buatan Robokeeper (AI gol). Markah akan diukur menerusi penggunaan pengesan dan sistem digital lain supaya mereka boleh saling mencabar dengan kawan (atau ibu bapa!) mereka.
- Di Freestyle Hall pula, remaja boleh mengetepikan telefon pintar mereka untuk menyahut cabaran SuperClimb (konsep mendaki yang direka secara khas dan menyeronokkan) serta Ninja Track (laluan berhalangan) baharu, Skate and Scoot World, melonjat di Trampoline Platform, memanjat Augmented Climbing Wall serta bermain luncur di Gelanggang Luncur.
Di SuperPark Malaysia, kanak-kanak dan anak-anak muda akan teruja dengan begitu
banyak jenis sukan dan kegiatan baharu, dengan semua peralatan sewa seperti
skuter, topi keledar dan sebagainya yang telah termasuk dalam harga tiket.
Semua
aktiviti akan dijalankan di bawah bimbingan kakitangan berpengalaman yang
kebanyakannya terdiri daripada jurulatih yang diiktiraf, serta selamat dari hujan,
pencemaran, sinaran UV yang tinggi, atau pepijat dan nyamuk sepanjang tahun.
Paling hebat, SuperPark bukan dibina untuk kanak-kanak dan remaja sahaja.
SuperPark Malaysia telah direka khas supaya semua orang dapat menyertai
keseronokan ini dan kekal aktif.
“Kami faham betapa pentingnya keluarga, persahabatan serta masa bersantai bagi
rakyat Malaysia. Sebab gaya hidup ‘Superparking’ begitu menarik adalah kerana
semua orang dapat menikmati silaturahim melalui pelbagai kegiatan yang ringan
mahupun ekstrem. Di SuperPark Malaysia, kanak-kanak, remaja, ibu bapa bahkan
datuk nenek juga dapat bermain, kekal aktif dan berseronok bersama-sama,”
demikian kata Mark Kumarasinge, Ketua Pegawai Eksekutif Asia SuperPark.
SuperPark pertama dibuka di Vuokatti, Finland pada tahun 2012, diikuti dengan
pembukaan 12 lagi lokasi di negara Nordic tersebut. Kini, gaya hidup ‘Superparking’
telah melonjak ke peringkat global. SuperPark Malaysia merupakan usaha
perkembangan antarabangsa berterusan yang merangkumi Sweden, Perancis, Hong
Kong, China and Singapura.
Harga pas masuk sehari adalah antara RM30 – RM50 setiap orang (harga berbeza-beza
untuk hari biasa, serta hari cuti termasuklah hujung minggu, cuti umum dan
cuti sekolah).
Enam bilik fungsi juga akan disediakan untuk aktiviti berkumpulan, hari
jadi atau aktiviti korporat, sekaligus menjadikan SuperPark tempat ideal untuk
aktiviti pembinaan pasukan, sambutan hari jadi, pertemuan semula antara kawan
karib atau sambutan dalam keluarga.
Comments
Post a Comment