BOOKXCESS BUKA CAWANGAN BARU PERTAMA DI LUAR KUALA LUMPUR



BookXcess secara rasminya telah melancarkan gedung bukunya  yang kelapan di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang. Dikenali sebagai ‘The House of a Million Stories’, gedung buku berkenaan bakal menjadi syurga kepada para pencinta buku di bahagian utara tanah air kerana mereka boleh membeli beraneka jenis buku berbahasa Inggeris dengan potongan harga antara 50% hingga 80%.



Dilengkapi dengan rak buku terpanjang di Malaysia berukuran 70 meter panjang dan rak buku setinggi dua tingkat berukuran 10 meter tinggi, BookXcess berusaha untuk memberikan pelbagai pilihan tajuk yang unik yang menjadi idaman anda. Para pencinta buku juga boleh menemui pelbagai jenis buku daripada buku kesenian dan reka bentuk hinggalah kesusasteraan, fiksyen, bukan fiksyen, remaja, kanak-kanak dan banyak lagi. Para ibu bapa juga boleh membeli buku Augmented Reality (AR) Little Hippo untuk si kecil kesayangan mereka, yang boleh didapati secara eksklusif di BookXcess. Buku AR mewujudkan pengalaman membaca yang berinteraktif lagi mengujakan. Dengan buku AR, kanak-kanak boleh membaca, belajar dan bermain kerana ia menggunakan teknologi AR yang tercanggih bagi merevolusikan cara membaca untuk generasi yang akan datang.


“Harga buku yang mahal merupakan salah satu punca mengapa kurangnya pembaca tegar di Malaysia. Pendapatan yang rendah dan kos buku yang tinggi juga menjadi faktor penghalang untuk pencinta buku. Oleh kerana itu, BookXcess menawarkan harga buku mampu milik dengan azam untuk memupuk amalan suka membaca,” tegas Pengasas BookXcess Sdn. Bhd., Andrew Yap.



Memenuhi keseluruhan ruang tingkat 7 dan sebahagian daripada tingkat 8 dengan keluasan 26,000 kaki persegi, BookXcess Gurney Paragon Mall menampilkan seksyen kanak-kanak dengan pemandangan laut yang menakjubkan, yang akan menjadi sumber ilham kepada pembaca cilik bagi mencetus semangat ingin tahu di dalam minda mereka. Gedung buku berkenaan turut menampilkan ruang bacaan yang selesa untuk para pelanggan melihat kandungan buku-buku contoh yang telah disediakan. Para pelanggan juga boleh mengunjungi Café Wolf, kafe milik BookXcess untuk menikmati minuman dan hidangan ringan.


Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Hunza, Khor Tze Ming “Para pengunjung kini lebih gemar berada di dalam ruang yang tenang dan sunyi yang dikelilingi buku-buku disebalik suasana      hiruk-pikuk pusat membeli-belah. 

Kewujudan BookXcess menjadi pelengkap kepada perkembangan sekolah antarabangsa di sekitar Pulau Pinang, yang mana ianya selari dengan wawasan kerajaan negeri untuk mentransformasikan negeri ini menjadi sebuah kotaraya antarabangsa dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang berasaskan pengetahuan.”



BookXcess Gurney Paragon Mall juga merupakan inisiatif jangka panjang Red Readerhood di Pulau Pinang. Pada 2011, Red Readerhood telah memulakan satu inisiatif kemasyarakatan menerusi kerjasama dengan pertubuhan tempatan bagi memberikan buku kepada mereka yang memerlukan. Para pelanggan boleh membeli buku dari sudut Red Readerhood untuk didermakan, dan bagi setiap buku yang didermakan, BookXcess akan turut menyumbang sebuah lagi buku yang lain. Empat rumah kebajikan pertama yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut ialah House of Hope, The Salvation Army, St. Joseph’s Home dan Hope Worldwide Penang.

Sempena pelancaran gedung buku berkenaan, para pelanggan BookXcess Gurney Paragon Mall boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 20% ke atas semua buku-buku serta barangan bukan buku bermula dari 24 hingga 27 Januari 2019.

BookXcess Gurney Paragon Mall dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam, beralamat di Gurney Paragon Mall, Tingkat 7, Gurney Paragon, Gurney Drive, Georgetown, 10250 George Town.

Para pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai aktiviti terkini BookXcess di:
Instagram: @bookxcess

Laman sesawang: https://www.bookxcess.com/

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI