LEGOLAND LANCAR LEGO CITY 4D MOVIE – OFFICER IN PURSUIT!



LEGOLAND® Malaysia Resort meningkatkan lagi pengalaman imersif LEGO® 4D Movie  dengan pelancaran LEGO® City 4D Movie – Officer in Pursuit! mulai 24 Januari 2019.

Para peminat berpeluang untuk menyaksikan bagaimana LEGO® City Policeman mengejar penjahat di jalan-jalan raya menyusuri metropolis. Sarat dengan efek 4D seperti buih-buih, hembusan angin kencang dan semburan air, tarikan baru ini bakal memberi pengalaman tontonan immersif di dalam alam LEGO®.

Bagi meraikan tayangan filem LEGO® Movie 2: The Second Part, para pengunjung berpeluang untuk meyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti “The LEGO Movie” Scavenger Hunt, “The LEGO Movie” Mystery Mosaic, penampilan karekter seperti Emmet, Wyldstyle dan ramai lagi dari filem LEGO dan juga aktiviti membina LEGO® Movie.

Sempena Tahun Baru Cina, para pengunjung boleh melawati taman "Garden of Prosperity" dan mengambil bahagian dalam aktiviti membina seperti membuat Panda dan limau Mandarin daripada LEGO® Bricks. Persembahan tarian singa juga bakal dianjurkan.


LEGO® Movie Event Days bermula 24 Januari – 31 Mac 2019, setiap hari dari Isnin ke Ahad bermula jam 10:00 pagi - 6:00 malam. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.legoland.com.my/ dan ikuti laman media sosial Legoland di Facebook and Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL