MENTHOLATUM LIP CARE CC LIP CREAM HAPUSKAN BIBIR KUSAM
Jangan biarkan bibir yang kering
dan menggelupas mengganggu mood anda! Mentholatum Lip Care, jenama
penjagaan bibir yang terkemuka dan kian berkembang, mahu mengubah cara menjaga
bibir anda. Produk penjagaan bibir pada hari ini semakin diperlukan, bukan
sahaja sekadar barang kosmetik, ia juga diakui oleh rama wanita muda akan
kepentingan penjagaan bibir.
Bibir anda menyerlahkan ekspresi anda, dan sering
diserlahkan dengan warna untuk mencerminkan personaliti anda. Sebagai contoh,
salah satu keperluan pengguna dalam
mencari penjagaan bibir hari ini ialah satu produk bibir yang
memberikan kebaikan warna dan penjagaan. Untuk menangani permintaan ini,
Mentholatum Lip Care telah menghasilkan CC Lip Cream!
Menurut Christine Law, Pengurus Pemasaran
Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd., pengguna inginkan produk penjagaan bibir yang
baik dengan warna yang lembut. "Sebagai jenama penjagaan bibir utama di
Malaysia, kami memahami bahawa pengguna kami, tidak seperti orang lain.
Pelbagai produk penjagaan bibir kami memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.
Bagi pengguna wanita, kami memahami
bahawa mereka mencari formula yang akan memberi bibir mereka dengan sentuhan warna
yang semula jadi untuk menyerikan wajah mereka.
Inilah sebabnya kami memperkenalkan CC Lip Cream, produk penjagaan bibir
unik yang memberikan anda yang terbaik untuk kedua-duanya!" kata Cik Law.
Singkatan "CC" dalam nama produk, bermaksud
“colour correction” atau pembetulan warna yang menunjukkan keupayaan krim bibir
untuk memulihkan bibir kusam, mencantikkan dan memulihkan warna bibir, serta
menyerikannya.
"Seperti slogannya, 'Revolutionary CC Lip Cream',
ini sememangnya produk yang membawa pembaharuan. Kami yakin bahawa wanita akan
menyukai pelbagai manfaat CC Lip Cream, yang memberikan perlindungan kepada
bibir mereka sambil membetulkan warna agar menjadi lebih cerah dan lebih sihat!
" tambah Law.
Mentholatum Lip Care’s CC Lip Cream memberi anda
warna lembut dan kekal di bibir yang tampak lebih semula jadi, maka anda boleh
berbangga yang kini bibir anda lebih menyerlah! Sesuai untuk kegunaan harian,
CC Lip Cream memberikan 5 manfaat
penjagaan yang anda perlukan:
Nikmati penghidratan
mendalam dengan Super Hyaluronic Acid dan Ceramide; rawatan berkhasiat dengan Meadowfoam Seed Oil dan Moroccan Argan
Oil; meningkatkan keanjalan dengan
bahan unik Mentholatum, iaitu Maxilip™
yang memberi anda bibir yang lebih penuh
dan gebu; manfaat pencerahan yang meningkatkan warna
semula jadi bibir anda; dan Vitamin E yang memulihkan yang penuh dengan
antioksidan untuk melembutkan bibir dan melawan penuaan pramatang.
Menurut Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum
(M) Sdn. "Sejak tahun 1889, syarikat
Mentholatum telah berkembang maju dan
makmur bermula daripada perniagaan kecil yang menjual sabun dan barang mandian
kepada sebuah syarikat antarabangsa, yang memasarkan produk penjagaan kesihatan
berkualiti di seluruh dunia. Digabungkan dengan kepakaran dari Rohto
Pharmaceutical Co. Ltd. di Osaka, Jepun pada tahun 1988, kami dapat menawarkan
produk yang lebih baik dan lebih inovatif kepada pengguna untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka. Sebagai
contoh, Mentholatum Lip Care merupakan salah satu jenama terkemuka di pasaran
yang kekal menyediakan produk penjagaan bibir yang bermutu tinggi dan
berinovasi serta digemari oleh wanita dan lelaki. "
"Sehingga kini, Mentholatum Lip Care telah berada di
Malaysia melebihi daripada satu dekad.
Kami sentiasa berusaha untuk memberikan
yang lebih baik, untuk mendapatkan kepercayaan dan memenuhi jangkaan pengguna
kami, supaya mereka dapat menikmati produk yang lebih berkesan dan lebih berpatutan daripada kami," katanya.
CC Lip Cream boleh didapati dalam 2 warna yang menarik
(01 Ardent Red atau 02 Innocent Pink) untuk disuaikan dengan keadaan dan suasana
yang berbeza.
CC Lip Cream oleh Mentholatum Lip Care boleh didapati di farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM16.80.
Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb Mentholatum Lip Care di http://mentholatumlip.com.my/ atau ikuti Mentholatum Lip Care di Facebook di http://www.facebook.com/MyLIPICE/ .
Comments
Post a Comment