NIKMATI KEENAKAN JIM JUM THAI DI BAAN 109, 3 DAMANSARA

Pernahkah anda merasa masakan Thai yang bernama Jim Jum? Berbeza dengan sup Tom Yam yang sudah popular dan mudah didapati di Malaysia, hidangan Jim Jum ini mungkin masih belum dikenali ramai. Jika anda inginkan kelainan tetapi masih gemarkan citarasa Thai yang enak, kami cadangkan anda untuk mengunjngi restoran BAAN 109 di pusat membeli-belah 3 Damansara (atau dikenali sebagai Tropicana City Mall sebelum ini).
![]() |
BAAN 109 terletak di aras 1, Pusat Membeli-belah 3 Damansara. |
![]() |
BAAN bermakna Rumah dalam bahasa Thai. Ini bermakna masakan yang ditawarkan adalah seumpama yang dimasak sendiri di rumah. |
![]() |
Hiasan dalaman yang ringkas tetapi selesa sesuai untuk dikunjungi seorang diri, bersama teman atau seisi keluarga. |
Jim Jum (จิ้มจุ่ม) pada asasnya adalah makanan sup dari Isaan, bahagian timur laut Thailand. Ia disediakan di dalam periuk tanah liat di atas dapur arang. Ramuan utama sup asalnya adalah sama ada makanan laut atau daging khinzir.
Tetapi untuk selera pelanggan-pelanggan beragama Islam di Malaysia, BAAN 109 telah mencipta semula resepi dengan hanya menggunakan ramuan halal dan tanpa tambahan perisa MSG.
Rasa Jim Jum adalah berbeza dengan Tom Yum. Rasanya pedas berempah. Supnya akan terasa lebih lazat setelah ia dibiarkan mendidih lebih lama dengan daging ayam dan sayuran di dalamnya. Jom kita cuba!
Rasa Jim Jum adalah berbeza dengan Tom Yum. Rasanya pedas berempah. Supnya akan terasa lebih lazat setelah ia dibiarkan mendidih lebih lama dengan daging ayam dan sayuran di dalamnya. Jom kita cuba!
![]() |
Sup dipanaskan di dalam periuk tanah liat menggunakan dapur gas di atas meja sebelum ramuan-ramuan dimasukkan ke dalamnya. |
![]() |
Daging ayam dengan sos itimewa yang disusun umpama sebuah kawah dengan telur mentah di tengah-tengah. |
![]() |
Sayur-sayuran segar, cendawan dan suhun (glass noodles). |
![]() |
Sup yang lazat tanpa tambahan MSG. |
![]() |
Jom Jim Jum! Di BAAN 109, anda tidak perlu memasak sendiri hidangan ini. Pelayan restoran akan memasukkan ramuan-ramuan untuk anda. |
![]() |
Selepas semua ramuan-raman dimasukkan ke dalam periuk, anda cuma perlu menunggunya masak. Sambil menunggu anda boleh memesan makanan-makanan lain dari menu. |
Kepada yang gemarkan mi Mama, satu jenama mi segera yang terkenal dari Thailand, jangan lupa untuk mencuba mi istimewa yang dihidangkan dengan aneka lauk sampingan seperti Ayam BBQ, Ayam Nam, udang besar, scallop dan seafood.
![]() |
Lima pilihan mi MAMA SPECIAL |
Untuk melengkapkan lagi hidangan, BAAN 109 turut menyediakan pelbagai makanan sampingan yang lazat dan segar dari dapur.
![]() |
Nang Kai Tod/ Kulit Ayam Goreng - garing dan addictive. Sekali cuba, pasti nak lagi. |
![]() |
Nam Tok Kai Yang/ Ayam BBQ dengan daun selasih (basil) |
![]() |
En Kai Tod/ Rawan Awan Goreng (Soft bone) - luaran yang garing tetapi isi tulang rawan yang lembut dan rangup di dalam. |
![]() |
Goong Cher Nam Pla/ Salad Udang Mentah Segar dengan Sos Thai - jangan masukkan udang ini ke dalam hot pot. Ia harus dimakan mentah dengan sos ikan bercili ala-Thai. |
![]() |
Kai Ded Deow - Ayam Goreng Berempah |
![]() |
Yam Seafood / Salad Makanan Laut yang meletus dengan rasa pedas, masam, manis dan masin. Suatu pembuka selera yang sempurna. |
Dahaga? Kami syorkan anda mencuba Iced Thai Tea - penuh rasa keharuman teh Thai dengan susu sejat yang berkrim tanpa rasa manis yang melampau.
![]() |
Teh Susu Ais Thai |
Restoran Baan 109 membawakan citarasa Thai yang asli dan Muslim-friendly di lokasi yang strategik, di tengah-tengah tingkat 1, pusat membeli-belah Damansara 3. Layanan yang mesra dan pantas menjadi faktor untuk kami datang kembali bagi menikmati pelbagai hidangan Thai yang disediakan.
BAAN 109
Alamat:
UNIT L1-K2, 3 DAMANSARA,
NO. 3, JALAN SS 22/27,
47400 PETALING JAYA,
SELANGOR.
Telefon: 013-2189953
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam
Laman Facebook:
https://www.facebook.com/baan109malaysia
Laman Instagram:
https://www.instagram.com/baan109malaysia
Promosi:
Comments
Post a Comment