SHOPEE KONGSI ‘ONG’ DENGAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA
Di Malaysia, setiap
musim perayaan disambut dengan gembira dan masyarakat tempatan memanfaatkan
sepenuhnya jualan musim cuti dengan membeli-belah dalam talian. Semakin ramai
pengguna memilih untuk membeli-belah dalam talian sebagaimana yang dapat
dilihat daripada kenaikan 32% penggunaan aplikasi Shopee sepanjang perayaan
Tahun Baru Cina pada 2018 berbanding hari-hari biasa.
Semasa perayaan
Tahun Baru Cina 2017, kategori utama yang menjadi tumpuan di Shopee termasuk
hiasan rumah, fesyen wanita dan kanak-kanak, serta perkakas dapur di mana
pengguna merebut tawaran cerek, pengisar, ketuhar pembakar, dan periuk nasi. Tahun
lalu, Shopee juga mendapati pengguna beralih kepada barangan bernilai tinggi
seperti peti sejuk, televisyen pintar dan sistem teater rumah serta barang
runcit, hamper dan juga telefon pintar.
Platform e-dagang
juga menjangkakan trend yang sama dalam kalangan pengguna yang membuat
pembelian dalam talian menjelang Tahun Baru Cina ini. Sebagai platform e-dagang
yang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menjanjikan pelbagai acara,
kempen dan lebih banyak inovasi yang menarik untuk semua pengguna Shopee di Malaysia.
Tawaran Hebat Harus Dikongsi
Perayaan Shopee
Kongsi Fa Cai, yang berlangsung sekarang hingga 6 Februari 2019, membawakan pelbagai hadiah menarik,
peraduan media sosial, serta tawaran dan diskaun hebat daripada jenama seperti Watsons
Malaysia, Samsung, Senheng, Maybelline, VOIR, dan Elianware. Shopee memperhebat
tawarannya dengan penjimatan luar biasa, terutama sekali dari 14 hingga 16 Januari dan dari 22 hingga 24 Januari, dengan
hari-hari bertema pesta seperti CNY
Essentials Festival (Pesta Barangan Keperluan Tahun Baru Cina), Shocking Sale Festival (Pesta Jualan Kilat), Shopee Mall Festival (Pesta Shopee
Mall), Cashback Festival (Pesta
Pulangan Tunai) dan CNY Mega Festival (Pesta
Mega Tahun Baru Cina).
Sepanjang tempoh
kempen ini, pengguna boleh menyertai aktiviti menarik berikut:
●
88% Pulangan Tunai setiap hari: Pengguna boleh
mendapat manfaat ‘kaw kaw’ membeli-belah di Shopee, dan berpeluang untuk
menerima pulang tunai harian 88% (dihadkan kepada RM5.88) apabila mereka
berbelanja menggunakan platform ini. Baucar akan diberikan pada jam 3 petang
setiap hari.
●
Kotak Misteri: Shopee ingin menceriakan dan
menggembirakan penggunanya, dengan memberikan hadiah mengejut seperti kotak
berisi barangan yang menarik. Pengguna boleh mendapatkan 88,888 kotak misteri yang ditawarkan oleh jenama dan penjual yang
menggunakan platform ini pada harga sekurang-kurangnya separuh daripada harga
runcit. Lebih menarik, perkhidmatan penghantaran percuma ditawarkan, tidak kira
berapa jumlah pembelian.
●
Shopee Shake untuk menangi RM888,888: Goncang pokok
kemakmuran dengan kuat untuk merebut peluang memenangi syiling Shopee, hadiah
dan baucar Shopee bernilai RM888,888. Lebih
kuat pokok digoncang, lebih banyak “tuah” yang akan digugurkan oleh pokok ke
dalam akaun Shopee.
●
Shopee CNY Live Quiz (Kuiz Secara Langsung Tahun Baru Cina Shopee):
Pengguna boleh berehat seketika daripada membeli-belah untuk menyertai Shopee CNY Live Quiz yang dianjurkan
buat julung kali menggunakan aplikasi Shopee. Pengguna akan merasai debaran
apabila mereka mencabar minda mereka dengan menjawab soalan-soalan tentang
pelbagai topik semasa kuiz secara langsung ini. Lebih menarik lagi, pemenang
yang menjawab semua soalan dengan betul akan memenangi sebahagian daripada 888,888 syiling Shopee, hadiah mingguan
RM1,000 dan juga hadiah lain yang menakjubkan. Kuiz akan diadakan pada hari kerja,
jam 12 tengah hari dari 14 hingga 31 Januari, dengan dua sesi pada 12 tengah
hari dan 8 malam dari 22 hingga 24 Januari.
●
Shocking Sale: Jualan kilat ini akan diadakan pada
hari-hari yang berlainan, tetapi pengguna boleh mengharapkan kejutan besar dan
merebut barangan bernilai tinggi pada 15 dan 22 Januari, dengan 8 jualan
berlainan sepanjang hari pada harga serendah RM0.88 dan sehingga 88%
diskaun ke atas produk, fesyen, barangan elektronik, gaya hidup,
kecantikan, perkakas rumah, barangan keperluan lelaki dan banyak lagi.
“Shopee berusaha
untuk membawa inovasi serba maju yang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang
menyenangkan pengguna walau di mana mereka berada, kerana segala-galanya kini
berada di hujung jari mereka. Bermula daripada satu platform yang merapatkan jurang
antara pembeli, jenama dan penjual, ia kini menjadi satu ekosistem yang memenuhi
keperluan pengguna dan menarik penglibatan pengguna. Kami membantu pengguna memanfaatkan
sepenuhnya nilai Ringgit mereka menerusi Jualan Kilat Shocking Sale dan pulangan tunai harian sambil menarik lebih banyak
jenama dan penjual untuk turut serta,” kata
Zed Li, Ketua Perniagaan, Shopee Malaysia.
Sambil meneruskan
langkah untuk membawa inovasi yang menarik pengguna, Shopee berusaha menawarkan
ciri-ciri interaktif untuk menambah nilai kepada pengalaman pengguna
membeli-belah dalam talian. “E-dagang kini merombak cara hidup kita dan
teknologi baru sedang membawa anjakan paradigma dalam industri. Kami mendapati
pengguna meluangkan lebih masa menggunakan aplikasi Shopee berbanding mana-mana
aplikasi e-dagang yang lain. Aplikasi permainan seperti Shopee Shake kami telah menjadikan pengalaman membeli-belah dalam
talian lebih interaktif dan menyeronokkan, dan sedikit sebanyak menarik pengguna
untuk menghabiskan lebih banyak masa menggunakan aplikasi kami. Kami ramalkan Shopee Live Quiz kami akan terus membawa
perubahan kepada landskap e-dagang yang akan menjadikan Shopee satu platform
beli-belah dalam talian terulung dan pengalaman yang menarik,” kata Li.
Shopee menyambut
Tahun Baharu dengan perayaan Shopee
Kongsi Fa Cai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Perayaan pada hari itu
dimeriahkan oleh persembahan tarian singa dan kehadiran Dewa Kemakmuran, lambungan
yee sang dan jamuan lapan hidangan
makan tengah hari. Tetamu jemputan juga dihiburkan dengan pelbagai aktiviti
menarik dan mendengar ramalan feng shui 2019
daripada Joey Yap Group of Consultants, sebelum pulang dengan membawa cenderahati
dan hadiah cabutan bertuah. Pesta perayaan turut disertai oleh iPay88 yang
merupakan penyedia Gerbang Pembayaran Rasmi bagi kempen Shopee Kongsi Fa Cai.
Untuk memeriahkan
lagi permulaan Tahun Baru Cina, sejumlah tujuh jenama melancarkan kedai rasmi
mereka semasa majlis makan tengah hari tersebut. Jenama-jenama ini ialah MSI, Logitech, Etude House, Crocs, ELLE,
Anmum dan World of Sports. Menerusi
kedai rasmi mereka di Shopee, jenama-jenama ini bukan sahaja dapat mendekati 16
juta pelanggan Shopee, tetapi juga pada masa yang sama dapat menarik pelanggan menerusi
jualan, permainan dan inisiasi dalam talian.
Majlis telah
diserikan oleh kehadiran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan bahawa beliau
teruja melihat platform e-dagang seperti Shopee memberi peluang bukan sahaja
kepada jenama besar tetapi juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS). “Perniagaan-perniagaan
ini memerlukan bantuan untuk pendigitalan dan menembusi dunia peruncitan dalam
talian dalam usaha meluaskan pasaran dengan pelaburan minimum. Kami berharap
untuk bekerjasama dengan Shopee dalam usaha meluas peranan dan menjadikan
Malaysia sebagai pemimpin e-dagang,” katanya.
Comments
Post a Comment