TETRA PAK DAN NESTLÉ MILO UHT LANCAR PROJEK CARETON 2019



Tetra Pak® (Malaysia) Sdn. Bhd., dengan sokongan Nestlé MILO® UHT telah mengumumkan kempen kitar semula, Projek CAREton 2019. Project CAREton 2019 ini akan menyaksikan Tetra Pak® (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Nestlé MILO® UHT berkolaborasi bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai benefisiarinya yang terkini dengan komitmen baharu bagi mengitar semula 35 juta pek minuman pada tahun 2019.

Projek CAREton merancang untuk mengumpul dan mengitar semula pek minuman yang akan diproses bagi menghasilkan papan panel serta genting atap poli Aluminium (polyAl). Projek CAREton mula beroperasi pada tahun 2012 bersama EPIC Homes, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu memudahkan pembangunan perumahan berasaskan komuniti setempat dengan masyarakat Orang Asli di Malaysia sebagai benefisiarinya. Sejak itu, ia berjaya membekalkan genting atap dan papan panel untuk membina lebih daripada 150 buah rumah dan infrastruktur untuk komuniti setempat.

Pada tahun ini, bersama MBPJ sebagai benefisiari terbaharu, Projek CAREton bermatlamat untuk memperluaskan manfaat projek ini kepada komuniti tempatan di kawasan Petaling Jaya. Pek minuman yang terkumpul akan dikitar semula dan dihasilkan menjadi 1,000 papan panel polyAl yang akan dibekalkan kepada MBPJ. Papan panel tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada struktur luar dan dalam Eco Recycling Plaza, serta kawasan rekreasi dan taman-taman komuniti yang terletak di Petaling Jaya.
Datuk Bandar Petaling Jaya,  Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain yang telah merasmikan pelancaran tersebut menyatakan, “Kami berbesar hati dan bersyukur menjadi sebahagian daripada Projek CAREton kerana bantuan tersebut akan memberikan nafas baharu kepada kemudahan yang sedia ada dan menambah baik kesejahteraan warga komuniti di Petaling Jaya. Semua pihak memainkan peranan yang amat penting demi kebaikan alam sekitar, kami berharap kerjasama ini akan lebih meningkatkan kesedaran dan didikan mengenai usaha pengitaran semula.”

Ruang untuk meningkatkan kesedaran dan usaha sama berkaitan pengitaran semula
Terrynz Tan, Pengarah Alam Sekitar Tetra Pak Malaysia, Singapura & Filipina berkata bahawa, trend pengitaran semula sedang mencatat peningkatan, kita masih ada ruang untuk menarik perhatian dan mendidik lebih banyak individu mengenai usaha pengitaran semula terhadap pek minuman.

“Kami telah mengusahakan inisiatif ini sejak tahun 2012, dan kebanyakan pencapaian yang digarap adalah berdasarkan usaha yang ditaburkan oleh rakan-rakan kongsi kami serta orang awam. Kami ingin menggalakkan warga Malaysia untuk terus memainkan peranan mereka dengan mengitar semula pek-pek minuman sambil mendidik orang lain tentang proses pengitaran semula yang amat mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu melakukan 3F (‘flip’, ‘flap’ dan ‘flat’) – pertama sekali, masukkan straw ke dalam pek minuman; kedua, buka semua lapikan untuk meleperkan pek tersebut; akhir sekali, bungkuskannya dan letakkan ia di mana-mana lokasi pengumpulan yang disediakan oleh rakan kongsi kami,” ujar beliau.

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Nestlé mengambil berat tentang penanganan sisa pembungkusan dan kami komited untuk menjadi sebahagian daripada solusi tersebut. Oleh itu, kami sentiasa mencari solusi pengitaran semula yang efektif seperti Projek CAREton. Sepanjang tujuh tahun yang lalu, Projek CAREton berjaya mengumpul 60 juta pek minuman untuk dikitar semula – jumlah yang cukup untuk membina lebih daripada 150 buah rumah dan projek komuniti yang telah memberi kesan positif terhadap ramai individu. Ia sejajar dengan impian global kami menjelang tahun 2025 untuk menjadikan 100% daripada bahan pembungkusan kami berupaya digunakan semula atau dikitar semula. Ramai warga Malaysia yang menikmati pek minuman MILO® kami saban hari, dan kami berharap untuk memupuk tabiat pengitaran semula yang lebih baik dalam kalangan orang dewasa serta yang muda.”

Pengguna boleh meletakkan pek minuman mereka yang telah digunakan di mana-mana pusat koleksi CAREton – terdapat sekitar 500 pusat koleksi di seluruh Malaysia. Pihak-pihak yang berminat boleh mencari lokasi yang terdekat menerusi laman web Recycle Easy oleh Tetra Pak di http://recycle-easy.com.my. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi rakan kongsi CAREton untuk tujuan koleksi, maklumat yang berkenaan juga boleh didapati di laman web tersebut.


Untuk maklumat lanjut mengenai Projek CAREton 2019, sila layari www.facebook.com/tetra.pak.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO