ELIZABETH TAN CEBURI PERNIAGAAN DENGAN JENAMA MANDI

 

Artis dan pelakon yang telah merangkul pelbagai anugerah, Elizabeth Tan, secara rasminya melancarkan produk penjagaan diri jenamanya sendiri yang direka khas untuk memberikan keselesaan dari hujung rambut hingga hujung kaki, dengan wangian semerbak. 

Diperbuat untuk generasi baru yang inginkan perubahan, rangkaian lengkap produk Mandi - daripada ubat gigi hingga gel mandian boleh didapati di www.mandi.com.my. 

Dengan wangian tersendiri seperti Cream Dream, Fresh, Fresh, Baby!, One In A Melon, dan Sereni-tea, penjagaan mulut Mandi ternyata lain daripada ubat gigi kovensional. 

Disertai rangkaian gel mandian premium - Velvet Dunes, Wild Cashmere dan Aqua Duvet - ditambah dengan sofistikasi haruman lembut yang mempersonakan. Mandi dicipta untuk mengubah rutin harian anda kepada detik-detik kebahagiaan peribadi. 

"Pengalaman bersama Mandi berkait rapat dengan sensasi!" ujar Elizabeth Tan Pengasas Bersama Mandi, dengan begitu teruja. 

"Apabila saya berfikir tentang detik-detik indah bersama orang-orang tersayang, atau makanan dan tempat yang saya suka, semuanya merangsangkan deria bau, sentuhan, rasa, dan penglihatan. Inilah yang saya mahukan dengan Mandi."


"Daripada rangkaian perisa ubat gigi yang luar biasa, kepada wangian semerbak gel mandian premium Mandi, semuanya bertujuan untuk mengubah rutin biasa anda kepada pengalaman yang lebih menyeronokkan - kerana anda begitu beharga!" 

Jenama ‘Mandi’, berasal daripada perkataan Bahasa Malaysia iaitu ‘mandi’. Perkataan Mandi sengaja dipilih untuk mengekalkan ciri-ciri Malaysia dengan penuh rasa bangga. Pada masa yang sama, jenama ini mempunyai persamaan dengan nama antarabangsa, Mandy, yang bermaksud "berhak untuk dihargai', bersesuaian dengan rangkaian penjagaan diri ini - yang direka khas sebagai peringatan yang "anda berhak untuk disayangi", setiap hari. 

AmLion-pengeluar terkenal Malaysia dengan pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practice), ISO 9001: 2008, HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan sijil HALAL telah dipilih untuk menghasilkan rangkaian formulasi unik Mandi, yang dicipta secara eksklusif oleh Mandi, untuk Mandi.

Buat masa sekarang, rangkaian produk Mandi dipasarkan melalui media sosial, dan dijual secara eksklusif di www.mandi.com.my


Comments

Popular Posts