KETAHUI AMALAN BELI-BELAH RAKYAT MALAYSIA MENGIKUT LOKASI



Menurut Comscore, Shopee Malaysia telah berjaya menduduki antara 10 tangga teratas dari segi tapak web yang paling kerap dikunjungi di Malaysia, menjadikannya laman e-dagang nombor satu di negara ini*. Pencapaian ini sekali gus menunjukkan bagaimana dunia e-dagang di Malaysia kini semakin dinamik dengan lebih ramai rakyat Malaysia mula membeli-belah dalam talian. 

Dengan kira-kira 16 juta muat turun, Shopee mendapati pola pembelian menarik dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi datanya daripada penelitian terhadap amalan pembeli di 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. 

Zon Tengah: 
  • Oleh kerana kawasan Lembah Klang ialah kawasan bandar yang mempunyai jumlah penduduk paling tinggi, Selangor dan Kuala Lumpur mendahului di negara ini dengan bilangan pesanan tertinggi yang dicatatkan. Kami juga mendapati bahawa walaupun kebanyakan rakyat Malaysia suka membeli-belah antara jam 9 malam dan 11 malam, netizen di Putrajaya lebih suka membeli pada waktu makan tengah hari. 
Zon Utara:
  • Aktiviti beli-belah dalam talian semakin meningkat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak; dengan satu pertiga daripada pembelian dari empat negeri ini diperolehi daripada kategori Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG) termasuk produk seperti kelengkapan diri. Shocking Sale, Shopee Coins dan kempen-kempen utama lain Shopee membantu pengguna memanfaatkan sepenuhnya wang Ringgit mereka, di mana pembeli boleh menikmati penjimatan sehingga satu perempat daripada harga runcit bagi produk FMCG yang ditawarkan di platform ini.

Pantai Timur: 
  • Shopee mencatatkan pertumbuhan tiga angka dalam bilangan pengguna baharu dari Kelantan, Pahang dan Terengganu, menandakan penggunaan e-dagang yang kian bertambah yang mungkin dipacu oleh telefon pintar dan pelan data Internet yang semakin termampu. 
  • Kategori Mainan, Kanak-Kanak dan Bayi mempunyai bilangan pembelian tertinggi dalam tiga negeri ini; lampin pakai buang, baju bayi, tikar permainan dan pam payu dara adalah antara barangan dengan permintaan paling tinggi. 

Zon Selatan:
  • Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menyaksikan pertambahan bilangan pengguna Shopee, dengan lebih ramai daripada mereka terdiri daripada lelaki. Kategori Pakaian Lelaki adalah antara salah satu kategori utama berbanding negeri-negeri lain, di mana kaum lelaki mencari barangan seperti baju bercorak bunga, jaket bomber dan kulit, dan kot. Ini jelas menunjukkan bahawa lelaki dari kawasan selatan mahu tampil lebih bergaya. 

Malaysia Timur: 
  • Program penghantaran percuma Shopee di seluruh negara mengenepikan sekatan geografi, jadi produk-produk boleh didapati biarpun di tempat-tempat di mana sesuatu jenama tersebut hanya ada sebilangan kecil atau tiada kedai fizikal. Hasilnya, aktiviti membeli-belah dalam talian semakin rancak di seberang Laut Cina Selatan. 
  • Kategori Mudah Alih dan Aksesori memang laris di Sarawak, Sabah dan Labuan. Sebagai contoh, lebih 51,000 unit pengecas mudah alih dipesan dalam tempoh tiga bulan. Tambah nilai prabayar Digi juga mendapat sambutan dalam kalangan penduduk Malaysia Timur. Tambah nilai tersebut lebih menarik lagi dengan kredit bonus 10% yang diberikan kepada pengguna. 

“Memandangkan hampir separuh daripada penduduk di negara ini tersenarai dalam pangkalan data kami, kami mempunyai capaian kepada data besar yang membolehkan kami memahami amalan beli-belah rakyat Malaysia. Maklumat ini membolehkan kami merangka kempen yang sesuai bagi golongan tua mahupun muda,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee. 

Shopee menyediakan platform untuk jenama turut serta memanfaatkan yang terbaik bagi beli-belah runcit dalam talian dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan pantas e-dagang. “Dilengkapi dengan data yang terpelbagai dan senarai jenama yang panjang dalam platform kami, kempen kami disusun rapi untuk memenuhi keperluan pasaran. Satu contoh yang baik ialah 27.3 Shopee Mega Sale yang akan datang. Seperti yang digambarkan oleh namanya, pelbagai tawaran hebat meliputi banyak kategori ditawarkan untuk memberi peluang kepada pembeli untuk membeli barangan yang diingini. Tambahan lagi, kempen ini diadakan sebagai tanda penghargaan kami kepada semua pengguna Shopee atas sokongan berterusan sejak Shopee dimulakan,” kata Ho. 

27.3 Shopee Mega Sale 
Kempen 27.3 Shopee Mega Sale menjanjikan tawaran yang sangat menarik selama tujuh hari dalam semua kategori. Diadakan dari 21 hingga 27 Mac, jualan mega ini menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM27, permainan ‘Tikam’ harian dengan RM1 serta hadiah dan wang tunai bernilai RM1 juta untuk dimenangi dalam Shopee Quiz. Platform ini juga mengadakan hari bertema istimewa dengan diskaun sehingga 90%, jumlah baucar bernilai RM8 juta yang menjadi rebutan dan Shocking Sale setiap hari dengan barangan Harga Terendah Terjamin dan juga hadiah-hadiah media sosial. 

Jualan MEGA ini diadakan pada 27 Mac, dan akan dipenuhi dengan kejutan bagi pengguna Shopee termasuk tawaran premium dan baucer hebat. 

Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play Store.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI