“PASKAL THE MOVIE” BAKAL BERSIARAN DI NETFLIX 15 MAC



Sekiranya anda telah terlepas peluang untuk menonton filem yang telah berjaya menduduki tempat pertama untuk kutipan box office untuk kategori filem aksi, “PASKAL THE MOVIE” bakal ditayangkan di Netflix pada 15 Mac ini!

“PASKAL THE MOVIE” mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. 

Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Ia dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Namron dan Jasmine Suraya Chin. 

Filem yang telah diinspirasikan daripada kisah benar Pasukan Khas Laut (PASKAL) ini telah berjaya mengutip lebih daripada RM30 juta dan telah menerima pujian di kalangan penonton dan pengkritik filem. 

Sehubungan itu, pihak penerbit kini sedang mengusahakan sebuah lagi filem blockbuster penuh aksi bertajuk “WIRA” (tajuk sementara) yang diarahkan oleh pengarah yang sama Adrian Teh. Filem ini mengisahkan tentang karakter utamanya seorang bekas tentera yang berani dan gagah. Apabila keadaan telah memaksanya untuk mempertahankan keluarga dan orang tersayang beliau terpaksa menggunakan kemahirannya untuk menegakkan keadilan. 

Filem ini telah mendapatkan khidmat pakar lagak ngeri Indonesia, Yayan Ruhian yang telah menjayakan filem The Raid. Ia turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said. Penggambaran bermula pada bulan hadapan dan ia bakal berada di pawagam pada penghujung tahun ini. 

Bagi mendapatkan informasi terkini sila kunjungi: www.facebook.com/gscmovies & www.instagram.com/gscmovies 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!