PENCARIAN JURUSOLEK PELAPIS MALAYSIA BERMULA

Penganjur MMAA, Deqsha (kiri) dan Sheila Mohamad

Sentuhan jari jemari kreatif insan bernama jurusolek bisa mencantikkan lagi insan bergelar wanita. Pendek kata, fungsi jurusolek dalam kehidupan seharian termasuk pada hari melangsungkan hari bahagia cukup penting. Malah di sebalik kilauan glamor, siapalah artis tanpa jurusolek. 

Buat kali pertama, program pencarian jurusolek pelapis yang mendapat sokongan artis jelita yang sering mendapat sentuhan jari emas si tukang mekap, akan dianjurkan di ibu negara, Ogos depan. 

Pertandingan Malaysia’s Makeup Artist (MMAA) 2019 bakal menyediakan platform buat anak muda yang berhasrat menceburi dunia kecantikan dengan menjadi pakar penghias wajah selebriti dan personaliti, bersaing mempertaruhkan bakat. 

Acara yang akan diadakan di Hotel Sunway Putra, di sini, pada 28 Ogos depan diusahakan dua jurusolek artis terkenal, Sheila Mohamad dan Deqsha. 

Sheila memberitahu, MMAA 2019 mendapat sokongan barisan artis tempatan termasuk mereka yang bersetuju membuat persembahan pada acara itu. 

“Kita sedar dalam dunia hiburan, hubungan artis dan jurusolek bagaikan isi dan kuku. Kami sama-sama menyokong dan memartabatkan industri seni. “Apabila ada rakan artis popular yang mahu memberi sokongan, ia bagaikan nikmat yang sangat indah,” katanya pada sidang media mengumumkan acara berkenaan pada 28 Mac lalu. 

Sheila berkata, acara itu akan diserikan dengan kehadiran artis popular seperti Rozita Che Wan, Erra Fazira dan model dari Indonesia, Whulandary.

“Whulandary akan menjadi juri bersama jurusolek terkenal antaranya Nurul Shukor, Khir Khalid, Datin Saidatulnisa, Syedewa dan Fendi Sani 

“Kita juga berterima kasih kerana biarpun kali pertama dianjurkan, sokongan penaja, teman jurusolek, artis dan rakan media sangat membanggakan,” kata Sheila. 

Sheila berkata, MMAA 2019 dianjurkan bagi memartabatkan bidang solekan sebaris dengan industri kreatif lain. “Kita juga mahu menjadikan acara ini sebagai hab dalam mengetengahkan produk kosmetik tempatan sebagai antara pengisian acara ini “Kita percaya dengan penganjuran acara sebegini, ia jadi sebagai ruang mencari kelangsungan dan mengangkat martabat profesion jurusolek ,” katanya yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam bidang solekan dan tatarias. 

Sementara itu, Deqsha pula berkata, lebih 300 penyertaan diterima memberi petanda acara itu bakal meninggalkan impak besar. “Namun, kami hanya mampu memberikan ruang kepada 40 jurusolek pelapis untuk bersaing,” katanya. 

Bercerita lanjut, Deqsha berkata, pada mulanya dia dan Sheila masing-masing ada perancangan sendiri untuk acara itu. “Sheila mahu anjurkan tahun depan, saya pula fikir lebih baik tahun ini. “Selepas berbincang, kami merasakan lebih baik anjurkan sekarang berikutan beberapa perkara seperti lokasi acara dan hal-hal lain sudah diputuskan,” katanya. 

Info MMAA 2019 menyediakan platfom dalam mengetengahkan bakat anak muda dalam arena solekan dan tatarias agar industri seni ini boleh dimartabatkan setanding dengan industri lain di negara ini. Idea MMAA 2019 diilhamkan dan dianjurkan oleh Jurusolek Professional, Sheila Mohamad yang telah menceburi bidang tatarias dan solekan semenjak 25 tahun lalu dengan berkolaborasi bersama Deq Sha yang telah berkecimpung selama 21 tahun di dalam arena ini. 

Lebih kurang 300 penyertaan diterima namun hanya seramai 40 peserta yang berjaya terpilih sewaktu saringan awal yang diadakan pada 21 Januari 2019 di Executive Suite, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur untuk merebut gelaran Malaysia’s Makeup Artist 2019 dan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 berserta barangan-barangan tajaan lain. 

Ini menjadikan MMAA 2019 sebagai gelanggang pertama yang menawarkan hadiah wang tunai dengan jumlah yang sangat besar. Setiap peserta diberikan tugasan menatarias di lapangan untuk beberapa majalah dan akhbar tempatan selain tugasan terakhir pada sesi Pre-Judging MMAA 2019. 

MMAA 2019 akan diadakan pada 28 Ogos 2019 yang mana sesi Pre-Judging berlangsung pada sebelah pagi dan Gala MMAA 2019 pada sebelah malam. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur yang merupakan penaja rasmi lokasi MMAA 2019 menganggarkan lebih kurang 600 tetamu akan menghadiri Gala MMAA 2019 yang turut diserikan dengan kehadiran VVIP dan Selebriti tanahair. 

Menyedari betapa pentingnya produk-produk keluaran tempatan seperti kosmetik dan lain-lain, maka penganjur MMAA 2019 mengutamakan mereka bagi mengisi penajaan terlebih dahulu disamping mempromosi syarikat dan memperkenalkan produk mereka kepada umum. 

Lebih dari 20 syarikat tempatan mengambil bahagian dalam menjayakan MMAA 2019 dengan Sheila Mohamad Cosmetics sebagai penaja utama. Oleh yang demikian pada 27-28 Ogos 2019, booth penaja-penaja MMAA 2918 akan membuat jualan bagi tetamu yang berminat mengenali produk kosmetik tempatan. 

Berikut adalah senarai penaja MMAA 2019 buat kali ini : 1. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur 2. Sheila Mohamad Cosmetics 3. Beutania 4. NR Cosmetics 5. Arymuzamer 6. Artisan Professionnel 7. Lauriene Cosmetics 8. Herv 9. Syok Cosmetics 10. Feathers by Amira Ho 11. TruLooks Beauty Cosmetics 12. Mumtaz Fella 13. Amoura Cosmetics 14. Rizman Ruzaini Creations 15. Ridzskin 16. Fame Cosmetics 17. ANAS 18. DoctoX 19. FerraRossa 20. Aeolox.Lense 21. Syed Faizal Beauty 22. Glitz 23. Syedewa 24. Faixal Creations 25. Ramza Studio 26. Mek Kembang Cotton 27. The SA Films 28. Fendi Aziz Photography Project 29. Hershey’s Cheese Cake by Zaem Nordin 30. Hermosa 31. Kafe Ratu KD by Adda 32. Vanity_Mirror_Murah 

Info terkini mengenai MMAA 2019 boleh dicapai secara terus di www.malaysiamakeupartist.com dan social media Instagram dan Facebook : malaysiamakeupartist.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA