SYSTEMA LANCAR KEMPEN KESIHATAN GUSI 1 JUTA GUMBATTE 2019
Adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami
masalah gusi[1]?
Jika anda tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian
dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi
sihat sepanjang hayat.
Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah
sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan
Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health
Checks) 2019, satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.
Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan
oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih
ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60
tahun dan ke atas[2].
Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat
Kementerian Kesihatan.
Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’
yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia
supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi.
Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab
sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan
Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, hari ini.
Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting
berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia
merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang
rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain.
“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan
serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit
yang boleh mengancam nyawa. Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi
boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.”
Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan
terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti
rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari
dalam talian.
“Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh
membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai
orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat,
menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.”
Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha
meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat
bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation,
Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih120 tahun hasil
kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan
penyelidik.
“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh
bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus
0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar
dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi.
“Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah
masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah
asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami
memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan
Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan
yang positif,” kata Foo.
“Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab
itulah kami bekerjasama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk
menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini, kesedaran
mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih
ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai
tahap kesihatan oral yang lebih baik,” katanya.
Pelakon Aeril Zafrel nyata terkejut dengan kadar penyakit
gusi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. “Berada dalam industri hiburan atau
mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki
tahap kebersihan diri, termasuklah oral yang baik. Saya tidak sedar betapa
seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru, saya rasa bertanggungjawab
untuk berkongsi maklumat ini kerana ia mampu memberi perubahan, terutamanya
kerana penyakit gusi mempunyai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer.
Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap
kesihatan gusi kita.”
Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema
Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu
berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini.
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal juga bersemangat
untuk menjadi pencetus kesedaran kesihatan oral. “Penyakit gusi adalah masalah
kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk
menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi
yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang
betul buat negara kita.”
Presiden Persatuan Doktor Pergigian
Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan
penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit
gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini.
“Kesedaran terhadap penyakit gusi memang serius dan ia
berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan
penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat
tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuatu yang
normal. Rakyat Malaysia perlu mengenal pasti tanda-tanda dan simptom penyakit
gusi. Jadi mereka tahu apabila ada yang tidak kena, mereka boleh mendapatkan
bantuan. Pantau kesihatan oral anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com
untuk menilai status kesihatan gusi anda. Jika perlu, jumpa doktor gigi anda
untuk mendapatkan rawatan.”
Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan
Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan
pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan
Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa
dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan
Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1
Utama sehingga Ahad, 17 Mac 2019. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara
percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain.
Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang
memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com
untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat.
Harga
dan Kebolehdapatan
Produk-produk Systema boleh didapati di
seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga
RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula
berharga RM7.80 hingga RM12.55.
Comments
Post a Comment