TABUNG KOTEX® #SHECAN MEMPERKASA 4 WANITA
Setiap
hari, wanita di seluruh dunia berjaya menyangkal stigma masyarakat terhadap mereka
dan adakalanya, wanita-wanita ini mampu mengorak langkah dalam perjalanan untuk
menyerlahkan potensi maksimum mereka dengan sedikit sokongan kewangan.
Inilah
pemangkin yang diperlukan oleh empat penerima Kotex® #SHECAN
FUND bagi merealisasikan impian mereka dan menginspirasikan perubahan positif dalam
kehidupan kaum wanita. Keempat-empat srikandi ini kini semakin menghampiri
impian mereka, selepas penyertaan mereka terpilih daripada lebih 240 penyertaan
dari seluruh negara.
“Walaupun
secara umumnya wanita di Malaysia adalah lebih beruntung berbanding rakan-rakan
mereka di negara lain, masih ramai lagi yang tidak mampu mencapai impian
mereka. Oleh itu, Kotex #SHECAN FUND menyediakan platform dana sebagai sokongan dan motivasi bagi
memastikan mereka memiliki peluang yang sama,” kata Frenissa Lagman, Pengurus Pemasaran
Kimberly-Clark.
“Kotex® sangat berbesar hati untuk bergandingan
dengan empat wanita hebat dari Malaysia, yang telah menunjukkan keberanian,
kecekalan, ketekunan dan ketabahan, sekaligus mencerminkan semangat Kotex #SHECAN dengan cogan
kata, Haid atau Tidak, Dia Mampu.”
Selain
menyelesaikan kebimbangan tentang haid, kempen Kotex® #SHECAN telah membawa perubahan dalam
masyarakat di peringkat global dengan membantu wanita muda mencabar persepsi-persepsi yang ketinggalan
zaman serta tanggapan salah mengenai haid.
Dengan menangkis stereotaip jantina, mereka mampu berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki untuk merealisasikan cita-cita mereka, sekaligus menginspirasikan wanita muda lain bahawa mereka juga mampu mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan.
Di Malaysia, Kotex® melancarkan #SHECAN FUND pada bulan Oktober tahun lalu dengan memperuntukkan RM100,000 setahun bagi menginspirasikan lebih ramai wanita muda, mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang kurang diwakili oleh wanita baik di dalam bidang seni, pendidikan, mahupun keusahawanan.
Empat penerima pertama #SHECAN FUND yang bakal menerima antara RM7,000 dan RM25,000, masing-masing mempunyai latar belakang dan impian yang berlainan. Penyertaan mereka menceritakan impian mereka untuk terlibat dalam komuniti dan menginspirasikan wanita muda untuk mengatasi persepsi masyarakat terhadap mereka. Keempat-empat wanita bertuah itu adalah Nawwar Shukriah Ali, pengamal seni; Aina Amirah, penari bercita-cita tinggi; Atiqah Abd Rahim, penyelidik penyakit kusta; serta Nur Adzratull Iffah, anggota sukarelawan sosial.
Dengan menangkis stereotaip jantina, mereka mampu berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki untuk merealisasikan cita-cita mereka, sekaligus menginspirasikan wanita muda lain bahawa mereka juga mampu mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan.
Di Malaysia, Kotex® melancarkan #SHECAN FUND pada bulan Oktober tahun lalu dengan memperuntukkan RM100,000 setahun bagi menginspirasikan lebih ramai wanita muda, mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang kurang diwakili oleh wanita baik di dalam bidang seni, pendidikan, mahupun keusahawanan.
Empat penerima pertama #SHECAN FUND yang bakal menerima antara RM7,000 dan RM25,000, masing-masing mempunyai latar belakang dan impian yang berlainan. Penyertaan mereka menceritakan impian mereka untuk terlibat dalam komuniti dan menginspirasikan wanita muda untuk mengatasi persepsi masyarakat terhadap mereka. Keempat-empat wanita bertuah itu adalah Nawwar Shukriah Ali, pengamal seni; Aina Amirah, penari bercita-cita tinggi; Atiqah Abd Rahim, penyelidik penyakit kusta; serta Nur Adzratull Iffah, anggota sukarelawan sosial.
Bagi
Nawwar Shurkriah Ali, 34, seni seperti lukisan, installasi dan fotografi menjadi
saluran untuk beliau menzahirkan emosinya. Ia membantu menceritakan rintangan yang
dilaluinya di zaman kanak-kanak dan menunjukkan bahawa kita harus berpegang
kepada harapan, dan di sebalik malang yang menimpa, pasti ada kebaikan atau
rahmatnya. Selain berbesar hati dengan gelarannya sebagai pengamal seni wanita,
beliau juga bersyukur atas sokongan Kotex® dalam membiayai pameran seni solo
pertamanya yang memberikan persepsi berkaitan isu-isu kesihatan mental.
“Seorang individu yang mempunyai masalah kesihatan mental sering tidak tahu
bagaimana hendak mencari harapan dan sesuatu perkara yang bermakna. Namun saya
percaya seni merupakan satu saluran positif dalam mengharungi masalah
tersebut,” katanya.
Kepercayaan dalam agama memberikan Aina Amirah,
23, kekuatan yang tinggi untuk mengejar cita-citanya dalam tarian kontemporari.
Sebagai salah satu penerima Kotex® #SHECAN
FUND, wanita muda berhijab ini tekun mengasah bakatnya untuk menjadi penari
tarian kontemporari profesional. “Diskriminasi berdasarkan agama dan pakaian
tidak sepatutnya berlaku. Saya berasa paling bahagia ketika saya menari! Saya
ingin berkongsi keindahan tarian kontemporari dan menginspirasikan golongan
muda yang tidak mempunyai keyakinan atau peluang untuk mengejar cita-cita
mereka. Saya ingin menyakinkan mereka bahawa pentas dunia ini dimiliki mereka!”
Bagi
Atiqah Abd Rahim, 25, perhatiannya tertumpu kepada susah payah dan stigma
berkaitan penyakit Hansen yang terus menjejaskan penghidap, termasuklah mereka
yang pernah dijangkiti penyakit ini. Susulan satu kajian yang dilakukannya tentang
penyakit Hansen (lebih dikenali sebagai penyakit kusta) di Kampung Sinar Baru,
sebuah kampung penempatan semula di Kota Padawan, Sarawak, Atiqah menyedari bahawa
walaupun penyakit Hansen mampu dirawat, prasangka terhadap penyakit ini yang
telah lama berakar menyumbang kepada kesengsaraan pesakit. “Kerana adanya
sokongan Kotex®, saya dapat menggunakan dana ini untuk menerbitkan buku tentang
penemuan saya, supaya saya dapat menzahirkan susah payah dilalui beberapa bekas
pesakit, demi menunjukkan bahawa setelah sembuh daripada penyakit ini, mereka
masih dapat menjalani kehidupan normal dan menikmati kebahagiaan,” katanya.
Sementara
itu, didorong semangat berkobar-kobar untuk menolong mereka yang memerlukan, Nur Adzratull Iffah sanggup
melakukan pengorbanan yang besar. “Jika anda mempunyai belas kasihan untuk memberikan
bantuan tanpa kira masa dan tempat, anda telahpun berada selangkah di hadapan
orang lain,” kata anggota sukarelawan sosial berusia 20 tahun itu.
Beliau akan menggunakan dana daripada Kotex® ini untuk menjadi bantuan tenaga pengajar
di sebuah sekolah bantuan khas di Jakarta melalui satu program sukarelawan AIESEC Malaysia. Nur Adzratull sangat teruja
apabila mendapat tahu bahawa beliau akhirnya mampu mengejar impian untuk menyumbang
semula kepada masyarakat. Beliau juga berharap untuk menjadi inspirasi kepada
wanita muda yang lain untuk turut mengejar impian mereka.
Lagman dalam pada itu menambah, “Kami yakin bahawa wanita dicipta untuk
melakukan perkara hebat, dan kisah empat wanita ini hanya merupakan permulaan.
Kami berharap untuk menginspirasikan lebih ramai wanita di Malaysia. Kotex®
#SHECAN FUND merupakan peluang terbaik bagi setiap wanita untuk berkongsi
cita-cita anda yang bakal direalisasikan oleh barisan panel penghakiman kami.”
Wanita yang menghadapi cabaran untuk merealisasikan cita-cita murni mereka digalakkan mengantar entri mereka bagi Kotex ® #SHECAN FUND. Untuk maklumat lanjut, sila layari: SheCanFund.com.
Comments
Post a Comment