HARVEY NORMAN LANCAR HILKER TITANIUM COMFORTCORE V-SERIES: EVOLUSI KESELESAAN TIDUR DI MALAYSIA
Harvey Norman hari ini secara rasmi memperkenalkan koleksi tilam Hilker Titanium ComfortCore V-Series di cawangan utamanya di Mid Valley KL. Kerjasama runcit eksklusif ini membawakan kejuruteraan tidur terunggul dari Jerman yang dikuasai teknologi pocket spring aloi titanium yang memecah rekod, sekaligus membuktikan dedikasi Harvey Norman dalam menawarkan inovasi dan ketahanan bagi penyelesaian tidur berkualiti di Malaysia.
Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Encik Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia; Encik Ernst Hilker, Pemilik Jenama Hilker; Encik Eddy Ng, Pengurus Besar Utama Harvey Norman Malaysia; dan Cik Phyliss Tiang, Penolong Pengurus Jenama Luxury Sleep (M) Sdn. Bhd.
Menambah seri acara, Hilker telah diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian “Most Titanium Alloy Pocket Springs in a Mattress (2026)”. Anugerah ini telah disampaikan semasa majlis pelancaran dan diraikan sebagai satu pencapaian membanggakan oleh Hilker dan Harvey Norman.
“Pelancaran ini mencerminkan janji kami untuk hanya membekalkan produk yang berpaksikan kualiti dan prestasi yang terbukti. Kami bangga dapat menawarkan inovasi tidur yang diiktiraf dunia ini secara eksklusif, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati kualiti tidur bertaraf antarabangsa,” ujar Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia.
Kelebihan utama V-Series terletak pada inovasi terbaharu Hilker: TXI First Titanium Pocket Springs Zoning System yang menggunakan teknologi Ti-core® Titanium Pocket Springs. Sistem TXI ini menggabungkan susunan spring jenis honeycomb dan selari dalam zon agihan tekanan yang strategik melalui sistem gegelung berlapis. Dengan kepadatan lebih 10,000 spring dalam satu tilam, ia direka khusus untuk memastikan penjajaran tulang belakang yang sempurna, melegakan titik tekanan badan, meningkatkan kestabilan, serta mengurangkan gangguan pergerakan untuk ketahanan penggunaan bertahun-tahun.
Koleksi Hilker Titanium ComfortCore V-Series Kini Eksklusif di Harvey Norman
Koleksi premium yang merangkumi model Empire V, Royale V, Grande V dan Supreme V ini kini boleh didapati secara eksklusif di gedung utama Harvey Norman Mid Valley KL, sebelum diperluaskan ke seluruh cawangan negara. Tersedia dalam saiz Single, Super Single, Queen dan King, rangkaian ini direka untuk memenuhi pelbagai cita rasa, gaya hidup dan bajet pelanggan yang mementingkan kualiti tidur.
Tawaran Istimewa Pelancaran (Masa Terhad)
Sempena pelancaran ini, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif bagi setiap pembelian tilam Hilker di Harvey Norman sehingga 30 April. Dengan perbelanjaan RM10,000, pelanggan bakal menerima PERCUMA Fujitec Norway Massage Sofa (bernilai RM8,996); perbelanjaan RM6,000 menerima PERCUMA Fujitec Foot Massager (bernilai RM3,399); manakala perbelanjaan RM2,000 akan menerima PERCUMA Fujitec Eye Massager (bernilai RM999).
Pengalaman Membeli-belah Berasaskan Teknologi AI
Harvey Norman turut memudahkan urusan pemilihan tilam melalui sistem penilaian pintar AI BedMATCH. Teknologi canggih ini berfungsi menganalisis titik tekanan badan, agihan berat dan penjajaran postur untuk mengesyorkan tilam yang paling sesuai mengikut profil tidur individu. Proses ini turut dibantu oleh pakar bedding terlatih bagi memastikan setiap pelanggan mendapat pilihan tepat yang menepati keperluan dan bajet mereka.
Bagi memastikan keselesaan premium ini mampu dimiliki semua, Harvey Norman menawarkan pelan ansuran faedah 0% sehingga 60 bulan. Sama ada anda ingin menaik taraf kualiti tidur untuk kesihatan atau kemewahan, Harvey Norman menyediakan kepakaran dan teknologi terbaik untuk membantu rakyat Malaysia mengecapi kehidupan yang lebih berkualiti melalui tidur yang sempurna.
Mengapa Memilih Harvey Norman?
Membeli-belah di Harvey Norman menjanjikan ketenangan minda melalui komitmen “Shop with Confidence”. Ia merangkumi Jaminan Padanan Harga (Price Match Guarantee), Penghantaran Hari yang Sama, Polisi Pertukaran 14 Hari, serta pelbagai pilihan pembayaran fleksibel dan perkhidmatan Click & Collect. Dengan bantuan Pakar Jualan yang profesional, pelanggan dijamin mendapat bimbingan yang tepat daripada fasa pemilihan sehinggalah produk sampai ke rumah.
Untuk maklumat lanjut dan merasai sendiri pengalaman tidur luar biasa ini, kunjungi gedung utama Harvey Norman Mid Valley KL, mana-mana cawangan Harvey Norman atau layari laman web rasmi di www.harveynorman.com.my.
Comments
Post a Comment