GUARDIAN AJAK RAKYAT MALAYSIA MILIKI MULUT SIHAT, KEHIDUPAN YANG HEBAT
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Mulut Orang Dewasa (NOHSA 2020), karies gigi dikesan dalam 85.1% daripada golongan dewasa yang ditinjau (klik disini). Kadar prevalens ini menunjukkan kewujudan gigi rosak, hilang atau ditampal dalam kalangan lebih daripada 8 daripada 10 orang dewasa.
Walaupun kadar ini menunjukkan trend penurunan, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak berkepentingan industri bagi membantu rakyat Malaysia mencapai sasaran bebas karies, seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Kesihatan Mulut Kebangsaan menjelang 2030.
Sehubungan itu, bersempena sambutan tahunan Hari Kesihatan Mulut Sedunia pada 20 Mac di seluruh dunia, guardian Malaysia menganjurkan acara atrium Hari Kesihatan Mulut Sedunia di ruang legar 1Utama dari 31 Mac hingga 5 April 2026, serta di Midvalley Southkey, Johor Bahru. Acara ini disokong oleh Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) dan Persekutuan Pergigian Dunia FDI, selaras dengan aspirasi KKM.
Sebagai Peruncit Kesihatan dan Kecantikan No. 1 di negara ini, guardian Malaysia komited untuk memainkan peranannya dalam memerangi karies gigi dengan mempromosikan kesejahteraan holistik, serta mengangkat penjagaan mulut daripada sekadar rutin kebersihan kepada satu aspek penting dalam penjagaan kesihatan menyeluruh.
Mulut adalah cerminan kesejahteraan keseluruhan tubuh ANDA
“Ramai yang tidak menyedari kaitan rapat antara penjagaan mulut dengan penyakit sistemik seperti diabetes dan penyakit jantung. Individu yang memandang ringan dan mengabaikan penjagaan mulut mungkin berisiko menganggung akibat yang lebih serius pada masa hadapan,” jelas Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Singapura dan Brunei.
Hari Kesihatan Mulut Sedunia dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap aspek penting namun sering diabaikan dalam penjagaan kesejahteraan diri. Ia juga bertujuan memperkasakan individu dengan tip dan pengetahuan bagi mencapai kesihatan mulut yang lebih baik, daripada gigi yang kuat hingga nafas yang segar dan banyak lagi.
Semua ini disampaikan oleh pakar penjagaan gigi dan ahli farmasi guardian di acara atrium ini! Pelbagai zon interaktif sepanjang minggu seperti ‘Bina Senyuman Memikat’, ‘Lindungi Mulut Anda’ dan ‘Serlahkan Keyakinan’ direka agar menarik, interaktif dan berimpak tinggi, bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari amalan kebersihan mulut yang betul serta menghalang penyakit melalui penjagaan harian dan pembentukan tabiat pencegahan.
guardian Malaysia memperluaskan ‘lingkaran’ kepercayaan merangkumi Penjagaan Mulut
Berucap di majlis pelancaran acara atrium itu, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia berkata:
“Peranan guardian Malaysia sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia kini diperluaskan dengan usaha memperkasakan mereka untuk mengamalkan penjagaan pencegahan kesihatan mulut sebagai benteng utama terhadap masalah pergigian. Acara selama seminggu ini, bersempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia, disokong oleh MDA dan Haleon, serta selaras dengan objektif KKM, merupakan langkah pertama kami ke arah tersebut.”
Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr Chong Zhen Feng berkata:
“Sebagai sebuah organisasi yang komited untuk bekerjasama secara konstruktif dengan pihak berkepentingan industri demi kepentingan orang ramai, MDA Amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada platform jangkauan awam anjuran guardian Malaysia. Inisiatif ini meraikan Hari Kesihatan Mulut Sedunia melalui pelbagai ceramah, pemeriksaan gigi percuma, serta kehadiran pakar penjagaan mulut sepanjang minggu, bagi membantu para pengunjung meningkatkan amalan kebersihan dan rutin harian mereka.”
Selain MDA, wakil daripada Program Kesihatan Mulut (OHP), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta dekan-dekan fakulti pergigian dari Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut hadir, menyumbang kepakaran dan sokongan bagi menjayakan acara ini.
Pemeriksaan dan konsultasi pergigian disediakan di ruang khas tertutup di atrium bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang pada 31 Mac, serta dari 3 hingga 5 April. Aktiviti pentas turut diadakan pada waktu petang hujung minggu, menampilkan pelbagai topik menarik oleh BioMed, Colgate, Darlie, Henry Blooms dan Sensodyne.
“Kami berbangga menjadi rakan strategik MDA dalam memenuhi keperluan penjagaan mulut orang ramai, dan amat menghargai sokongan mereka dan Haleon dalam menyediakan pemeriksaan dan konsultasi pergigian percuma kepada orang ramai di atrium ini,” tambah Priscilla.
Kegembiraan untuk semua, khususnya ahli MYguardian Rewards
“Selaras dengan tema acara ‘Mulut Sihat, Hidup Hebat’, langkah pencegahan dan tip yang dipelajari haruslah dijadikan sebahagian daripada rutin dan tabiat harian baharu dalam kehidupan para pelanggan merangkumi segenap peringkat usia, daripada kanak-kanak dan remaja hingga golongan belia, ibu bapa serta warga emas. Tetapi kegembiraan tidak terhenti di situ,” tambah Anna.
Promosi eksklusif untuk ahli MYguardian Rewards di atrium termasuk:
- Baucar hadiah guardian RM30 PERCUMA bagi pembelian minimum RM 130
- Bagasi mini bergaya PERCUMA dengan pembelian minimum RM 200
- Kupon pra-acara: Diskaun RM 5 bagi pembelian RM 50
- Beli DUA, percuma SATU (campur & padan) dengan penjimatan sehingga 30% (pada 31 Mac sahaja)
- Diskaun 70% untuk item kedua dengan penjimatan sehingga 30% dari 1 hingga 5 April.
“Ayuh sertai kemeriahan ini dan pelajari cara menjaga kesihatan mulut anda hari ini,” kata Anna sebagai penutup.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment