TV3 & BUR BAKAL ANJURKAN GRAND BAZAAR RAMADAN RAYA
Dari kiri - Encik Johan Ishak, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Dato Mohd Azizan Bin Che Omar |
TV3 Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), dan Build Up Resources Sdn Bhd (BUR), telah mengumumkan persetujuan kerjasama atas penganjuran bersama Karnival Jom Heboh (KJH) Shah Alam dan Grand Bazar Ramadan Raya 2019 (GBRR) baru-baru ini.
Kerjasama ini telah dimeteraikan dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) oleh Pengerusi BUR, Dato’ Mohd Azizan Bin Che Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Encik Johan Ishak, sekaligus memperkukuhkan lagi usahama yang sedia ada dengan BUR.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.
KJH adalah acara padang terbesar anjuran TV3 yang bakal diadakan selama dua hari pada 27 & 28 April bertempat di Bulatan Stadium Bazarena, Shah Alam.
GBRR 2019 juga mensasarkan untuk catatan The Malaysia Book of Records sebagai bazar terbesar dalam sejarah dengan penganjuran serentak GBBR di Stadium Shah Alam (4 Mei - 2 Jun) dan Stadium Bukit Jalil (16 Mei - 4 Jun).
Terdahulu, kerjasama antara BUR dan 8TV dalam menganjurkan CNY Grand Bazaar pada Januari 2019 di Bukit Jalil telah menerima 450,000 pengunjung. CNY Grand Bazaar juga telah mencatatkan sejarah dalam The Malaysia Book of Records dengan mengumpulkan ‘Jumlah Singa Terbesar Dalam Satu Persembahan Tarian Singa’.
Sambutan yang menggalakkan menerusi ‘Blossom Wonderland’ (Immersive Projection Mapping) dan ‘Air Asia Big International Lion Dance Challenge’ menyumbang kepada kejayaan acara tersebut.
Bagi musim perayaan Ramadan & Raya, TV3 dan BUR akan meneruskan kerjasama untuk menganjurkan Grand Bazaar Ramadan Raya (GBRR) terbesar yang dilihat sebagai platform komuniti usahawan terutamanya Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di Selangor dan Kuala Lumpur dalam memasarkan khidmat dan produk mereka.
BUR akan menyediakan 436 unit booth di Bukit Jalil 134 unit booth di Shah Alam yang akan beroperasi dari pukul 3.00 petang hingga 12.00 tengahari pada hari bekerja dan 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hujung minggu dan cuti umum bagi kedua-dua lokasi yang mensasarkan 500,000 pengunjung.
BUR juga mensasarkan catatan lemang terpanjang dalam The Malaysia Book Of Records. Hasil jualan lemang tersebut akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3.
Tarikan lain dalam GBRR2019 termasuk program amal seperti ‘Acara Solat Berjemaah with Tahfiz’ dan ‘Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim’.
Kesemua jenama dan vendor dialu-alukan untuk menjual barangan produk mereka kepada orang ramai di GBRR2019 seperti pakaian, aksesori peribadi, produk kesihatan & kecantikan, barangan elektik, perabot, hiasan dalam rumah, aksesori telefon, kuih Raya serta pelbagai minuman dan makanan.
Tempahan booth kini dibuka. Kepada mereka yang berminat, boleh menghubungi wakil pemasaran kami di talian yang tertera di bawah.
Untuk tempahan booth
| ||
Build Up Resources Sdn Bhd
General Line : 03-6263 8122
|
Media Prima Television Networks
(Client Servicing Group)
General Line : 03-7726 6333
| |
Katee : 012-902 0835
|
Crystal Lee : 017-6603399
email : crystal@tv3.com.my
| |
Hazim : 011-3304 9419
|
Christopher Gayondato : 012-3748008
email : christopher@tv3.com.my
|
Comments
Post a Comment