‘BU’ - SEBUAH PERJUANGAN DAN APRESIASI KEHIDUPAN



Dunia punya terlalu banyak kisah perjuangan dan semangat seorang wanita yang tidak pernah lelah dibicarakan. 

Sosok seorang wanita juga diangkat dalam banyaknya naskhah fiksyen mahupun disadur dari pengalaman sebenar yang terjadi di dunia nyata. 

Sebagai satu simbolik apresiasi, pihak produser dari MM2 dengan bangganya membawakan sebuah filem yang bergulir tentang pengkisahan wanita. Ia diberi judul Bu.


Bakal menjengah pawagam bermula 11 April depan, Bu diikat dengan kekuatan para pelakonnya. Peranan yang dimainkan setiap bintang di Bu akan membawa penonton larut dan mengerti bahawa sosok seorang wanita punya peranan dan jalinan luar biasa dalam seluruh kehidupan manusia. 

Bu dipertanggungjawabkan kepada nama nama besar dan dipercayai di dunia perfileman seperti Remy Ishak, Rashidi Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P.Ramlee, Iedil Putra, Nadia Brian, Mawar Rashid, Tia Sarah dan Wan Hanafi Su. 


Disutradarai oleh Jeany Amir, Bu yang mengusung tema kekeluargaan diangkat dalam tiga penceritaan berbeza latar yang akhirnya bermuara kepada sebuah kesudahan. 

Ia mengangkat kisah impian Kak Mah untuk memperoleh cucu retak setelah menantu perempuannya, Diana tidak mempunyai mimpi yang sama dengannya dan rela tidak hamil demi kariernya. 

Jeany Amir

Juga, Bu bercerita tentang seorang suri rumah bernama Aishah yang berasa hidupnya semakin tertekan dan tidak dihargai sang suami, Norman dan bagaimana keinginan Hafiz dan isterinya, Norimah termakbul setelah wanita itu disahkan hamil selepas mereka berusaha keras memperoleh zuriat sejak beberapa tahun sebelumnya. 

Nadiya Nisaa

"Mungkin ada akan penonton yang berasa Bu adalah sebuah lagi naskhah klise yang mengetengahkan wanita dan peranan mereka. Atau menyifatkan ia sebuah lagi naskhah dengan perceritaan harian yang biasa terjadi di sekeliling. 

"Namun di Bu, anda akan menemui X Factor yang tidak ada pada naskhah lain sebelum ini. 

"Ya, ia mungkin ringan atau juga boleh disifat terlalu berat, namun jangan pantas melepaskan justifikasi sehingga anda menonton Bu," ujar Jeany. 


Siapakah Bu yang dimaksudkan dan bagaimana seseorang memberi apresiasi terhadap watak Bu, nantikan filem ini, 11 April 2019, di pawagam seluruh Malaysia kelak.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!