ANUGERAH GUARDIAN: KECANTIKAN & KESEJAHTERAAN 2025 MERAIKAN YANG TERBAIK DALAM BIDANG KECANTIKAN DAN KESEJAHTERAAN PILIHAN RAKYAT MALAYSIA SERTA PAKAR INDUSTRI.


Anugerah guardian: Kecantikan & Kesejahteraan 2025 secara rasmi dilancarkan hari ini di sebuah majlis pelancaran yang menginspirasikan dan meraikan bukan sahaja produk, tetapi juga perjalanan peribadi, pilihan dan kisah di sebaliknya.

Diadakan di Blue Atrium, Sunway Pyramid, acara ini mengalu-alukan kehadiran pakar kesihatan dan kecantikan, media, pempengaruh serta tetamu untuk merasai sendiri pengalaman mendalam mengenai maksud sebenar kecantikan dan kesejahteraan bagi rakyat Malaysia hari ini.

Berasaskan kepercayaan guardian terhadap pemerkasaan, anugerah ini melangkaui bukan sekadar pengiktirafan.

Sebaliknya ia menghormati keperluan sebenar, kehidupan sebenar dan penjagaan sebenar yang diambil kira dalam setiap keputusan berkaitan kecantikan dan kesejahteraan oleh rakyat Malaysia setiap hari.

Dengan guardian sebagai suara utama yang dipercayai untuk menyediakan produk dan penjagaan yang mereka perlukan bagi mencapai standard kecantikan dan penjagaan diri masing-masing.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia berkata, Anugerah guardian sentiasa meraikan kepercayaan dan keyakinan terhadap produk kecantikan dan kesejahteraan yang guardian tawarkan.

Katanya, setiap tahun, para pemenang dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri berdasarkan pengalaman sebenar dan hasil sebenar.

“Ini bukan sekadar item yang tular, ia adalah produk yang menyokong penjagaan diri, meningkatkan keyakinan serta membantu orang ramai kelihatan dan berasa hebat setiap hari. Anugerah ini juga meneruskan momentum penjenamaan semula kami baru-baru ini, sambil terus menumpukan kepada perkara yang paling penting bagi pelanggan kami: Kualiti, kesejahteraan dan kebebasan untuk memilih apa yang terbaik untuk mereka.”

“Sebagai rangkaian runcit kesihatan, kecantikan, dan penjagaan diri terkemuka negara, kami berbangga menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi dan boleh dipercayai yang memenuhi keperluan pelanggan bukan sahaja untuk kecantikan, tetapi juga kesejahteraan menyeluruh,” kata Anna lagi.


Mengiktiraf Produk Paling Dipercayai 2025: Jualan Terbaik dan Pilihan Pakar.

Acara ini mendedahkan buat kali pertama para pemenang Anugerah guardian 2025 dalam dua kategori utama: Jualan Terbaik dan Pilihan Pakar.

Anugerah Jualan Terbaik 2025 menonjolkan produk yang paling kerap dibeli oleh rakyat Malaysia di guardian, dipercayai kerana sentiasa memberikan hasil yang berkesan. Ia adalah pilihan harian kegemaran yang telah menjadi barangan asas di rumah-rumah di seluruh negara, diiktiraf atas keberkesanan dan impaknya yang berkekalan.

Sementara itu, untuk kategori Pilihan Pakar 2025, ia dipilih oleh barisan panel yang terdiri daripada tokoh terkenal dalam bidang kecantikan dan kesejahteraan, Dr Shazril Shaharuddin; profesional penjagaan kesihatan dan peguambela, Yasmin Khalid; peminat penjagaan kulit dan pencipta kandungan, Shiyo Joo dan jurusolek selebriti yang juga penggaya rambut selebriti, Cody Chua.

Mereka menilai lebih 100 produk dalam kategori penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan peribadi dan penjagaan kesihatan, selama sebulan berdasarkan keberkesanan, inovasi, serta kesesuaian dengan gaya hidup rakyat Malaysia.

Sambutan Interaktif Kecantikan dan Kesejahteraan.

Acara ini bukan sekadar anugerah tetapi ia adalah pengalaman menyeluruh.

Tetamu akan menikmati sesi interaktif bersama panel Pilihan Pakar tahun ini, yang berkongsi pandangan profesional dan pengalaman peribadi mereka.

Dr. Shazril Shaharuddin

Dr Shazril dan Yasmin Khalid telah menerokai kaitan rapat antara kesihatan serta penjagaan kulit, menekankan bagaimana pendekatan seimbang terhadap minda, badan termasuk gaya hidup boleh menjadikan penjagaan diri sebagai bentuk pemerkasaan harian.

Yasmin Khalid

Dalam sesi lain, Shiyo dan Cody juga membongkar beberapa mitos kecantikan dan penjagaan diri paling lazim di media sosial, sambil memberikan nasihat praktikal mengenai cara membuat pilihan kecantikan yang lebih bijak.

Cody Chua

Shiyo Joo

Selain itu, hadirin turut berpeluang mengemukakan soalan kepada para pakar melalui sesi soal jawab bagi menjadikan keseluruhan acara lebih santai dan bermakna.

Ia juga mewujudkan ruang untuk perbualan yang jujur dan tulen tentang cara mendekati kecantikan dengan keyakinan, keingintahuan, dan pemikiran yang kritikal dengan menegaskan bahawa keputusan yang baik bermula dengan maklumat yang baik.

Tetamu juga berpeluang meneroka zon interaktif, setiap satu telah diketuai oleh seorang pakar, di mana mereka boleh mencuba, menguji dan mempelajari mengenai produk yang memenangi anugerah.

Mereka juga menyertai permainan dan aktiviti menyeronokkan, daripada cabaran rutin penjagaan kulit hinggalah ke kuiz kecantikan, memberikan penglibatan langsung dengan para pakar dan produk pemenang anugerah yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia.


Undian Kategori Kegemaran Peminat Kini Dibuka.

Semasa acara berlangsung, undian rasmi untuk kategori Kegemaran Peminat turut dibuka.

Dari 30 April hingga 3 Jun 2025, rakyat Malaysia boleh mengundi produk kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan kesihatan dan penjagaan peribadi kegemaran mereka menerusi laman web dan platform media sosial guardian.

Dengan mengundi, peserta berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai lebih RM100,000 termasuk Dyson Airstraight™ Straightener, ZenyumSonic™ Electric Toothbrush, DJI Osmo Pocket 3 dan tiga Hadiah Utama, iaitu penginapan 3H2M di Ocean Junior Suite di One&Only Desaru Coast.

Selain itu, dari sekarang hingga 4 Mei 2025, guardian juga akan membawakan kemeriahan Anugerah ini secara langsung menerusi jelajah di Blue Atrium, Sunway Pyramid.

Ia bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri produk yang dicalonkan, menikmati tawaran eksklusif dan hadiah percuma, serta mengundi Kegemaran Peminat mereka secara langsung.

Raikan Own Your Beautiful

guardian mengakui bahawa kecantikan adalah pelbagai seperti masyarakat Malaysia dan berbangga menyokong produk yang mencerminkan kisah unik setiap individu.

Perkongsian guardian dengan jenama, pakar, dan pelanggan dibina atas asas kepercayaan, membolehkannya memilih yang terbaik dalam kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan.

Anugerah guardian turut mencerminkan komitmen ini untuk meraikan pilihan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia dalam mentakrifkan kecantikan dan kesejahteraan, bukan sahaja berdasarkan apa yang dilihat, tetapi juga bagaimana mereka hidup dan rasa setiap hari.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR

ANLENE MELANCARKAN ANLENE CHOLESTOPRO BAHARU: FORMULA DWI-AKSI. JAGALAH KOLESTEROL DAN MOBILITI HARI INI!