BUFET "IFTAR SESAMA" DI BANGI GOLF RESORT 2019



Sebagai juadah berbuka puasa, apakah kata anda mencuba nasi kerabu yang dihidangkan bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef di Restoran Bangi Golf Resort?

Nasi kerabu dengan ulam-ulam organik

Nak sedap lagi, tambahkan serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang yang menghasilkan warna biru pada nasi juga datang dari kebun di BGR.

Kambing bakar kegemaran ramai

Sebagaimana tahun-tahun lalu, eksklusif sepanjang Ramadhan, aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging, serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata anda.

Nasi Ayam

Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri.

Kari Ikan Tenggiri

Di bahagian masakan India pula, tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak, untuk digandingkan bersama nasi kukus.

Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma

Dari dapur Barat pula, tunas rasa anda akan dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti, dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara.

Ipoh Hor Fun 

Jangan terlepas mencuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang menyelerakan.

Sementara itu, apa maknanya berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulut yang enak belaka. Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini.

Aneka kuih-muih

Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.

Aneka kek

Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse,  Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake.

Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh, serta buah-buahan.

Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa, banyak kebaikan lain yang tersirat di sebalik Iftar Sesama di BGR, seiring dengan maksud ‘sesama’ itu sendiri iaitu ‘bersama’.


Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM).

Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu khususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik.

BGR akan melaksanakan konsep sifar pembaziran bagi IFTAR SESAMA 2019. Segala lebihan makanan daripada bufet Ramadan bakal disalurkan kepada mereka yang memerlukan dengan bantuan Food Aid Foundation.. 

Selain itu, BGR dengan kerjasama portal F8Buzz.com akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama kepada mereka yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib baik. 


Antara kemudahan yang disediakan di BGR adalah seperti 800 tempat letak kereta, surau yang lebih luas dan bilangan tandas ditambah untuk keselesaan pengunjung. 


Harga untuk buffet IFTAR SESAMA 2019 @ BGR
Dewasa : RM59.00 
Kanak-kanak : RM29.50 

Maklumat lanjut / Tempahan : 1700 81 8557 

BANGI GOLF RESORT
Alamat: No1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
Email: sales@bgrrest.com 
Laman Web: www.bgrrest.com 


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!