FATTAH & FAZURA LANCAR LAGU BARU MENERUSI PIZZA HUT



Fattah dan Fazura, pasangan selebriti popular Malaysia dengan rasminya melancarkan duet terbaru mereka, Paling Sempurnamenerusi platform muzik terbaru dan inovatif Pizza Hut, “The Singing Pizza"!

“Kami berasa sangat teruja dengan pelancaran duet terbaru kami, “Paling Sempurna” menerusi inisiatif “The Singing Pizza" Pizza Hut sebab kami belum pernah lancarkan mana-mana lagu seperti ini! Tiada siapa sebelum ini pernah melancarkan single terbaru mereka dan menyampaikannya kepada peminat menerusi kotak piza. Kami merasa sangat teruja dengan “The Singing Pizza" kerana ia memberikan satu pengalaman baru yang menggabungkan makanan serta muzik untuk dinikmati Bersama dengan semua rakyat Malaysia,” kata pelakon dan penyanyi popular Malaysia, Nur Fazura Sharifuddin.


“Saya suka bagaimana saya boleh menikmati muzik dengan bunyi yang berkualiti lagi mengasyikkan dengan hanya meletakkan telefon mudah alih saya di atas penutup kotak piza. Kami begitu teruja kerana dapat mendengar lagu Paling Sempurna melalui cara yang sangat menarik dan kami tidak sabar untuk berkongsi pengalaman itu dengan semua peminat kami menerusi “The Singing Pizza",” tambah pelakon dan penyanyi popular, Fattah Amin.

Paling Sempurna merupakan single terbaru yang dilancarkan oleh pasangan popular itu dan hanya boleh didapati secara eksklusif menerusi “The Singing Pizza". Para peminat boleh mendapatkan single terbaru berkenaan dengan membeli “The Singing Pizza" melalui laman web penghantaran di www.pizzahut.com.my atau makan di mana-mana restoran Pizza Hut bermula dari sekarang hingga Disember 2019.

Bukan setakat itu sahaja, senarai lagu “The Singing Pizza” terdiri daripada 200 lagu-lagu yang akan di kemaskini setiap dua minggu, termasuk lagu-lagu di dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan, oleh artis-artis terkemuka tempatan yang lain seperti Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra. 

Untuk menghangatkan lagi kempen berkenaan, para pelanggan juga berpeluang untuk menemui Shawn Mendes secara langsung dengan membuat pembelian “The Singing Pizza” di samping menerima baucar-baucar piza menarik!

Untuk maklumat lanjut mengenai “The Singing Pizza" sila kunjungi https://www.pizzahut.com.my/the-singing-pizza .



Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA