FILEM BOLLYWOOD HEBAT DI BOLLYONE HD (ASTRO 251) APRIL INI



Para peminat filem Bollywood boleh menyaksikan filem-filem Bollywood terbaik yang bakal disediakan oleh Astro di saluran 251 BollyOne HD pada setiap hari Khamis, jam 9 malam. Filem-filem Bollywood terbaik seperti Race 3, Gold : The Dream That United Our Nation, Loveyatri dan Manmarziyaan yang dilakonkan oleh barisan pelakon Bollywood popular seperti Salman Khan, Anil Kapoor, Bobby Deol, Jacqueline Fernandez, Akshay Kumar, Sonakshi Sinha dan ramai lagi, bakal menghiburkan penonton sepanjang bulan April ini.


1. Race 3 - 4 April 2019, 9 malam

Race 3 merupakan filem aksi Bollywood yang dibintangi Salman Khan, Anil Kapoor, Bobby Deol, Jacqueline Fernandez, Daisy Shah dan Sharath Saxena. Ia mengisahkan tentang seorang pemilik tanah yang menjadi sasaran sebuah kumpulan samseng. Filem ini berada di tangga ke-4 dan merupakan tayangan pecah panggung buat Salman Khan selepas kejayaan filem-filem seperti Prem Ratan Dhan Payo, Tiger Zinda Hai dan Sultan.


2. Gold : The Dream That United Our Nation - 11 April 2019, 9 malam

Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar, iaitu kemenangan pingat emas pertama oleh negara India dalam Sukan Olimpik di London pada tahun 1948. Seorang jurulatih hoki (Akshay Kumar) melatih sebuah pasukan untuk mewakili India dalam pertandingan hoki di Olimpik. Filem ini dibintangi oleh Akshay Kumar, Mouni Roy, Kunal Kapoor, Vineet Kumar Singh, dan Amit Sadh. 



3. Loveyatri - 18 April 2019, 9 malam

Loveyatri merupakan filem romantik yang diarahkan oleh pengarah Abhiraj Minawala mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan antara Sushrut (Aayush Sharma ) and Michelle (Warina Hussain). Apabila Michelle pulang ke rumahnya yang terletak di United Kingdom, Sushrut sanggup berhempas-pulas ke United Kingdom untuk bertemu Michelle dan menenangi hatinya.


4. Manmarziyaan - 25 April 2019, 9 malam 

Rumi yang sedang bercinta dengan Vicky terpaksa berkahwin dengan Robbie kerana Vicky tidak berani untuk bertemu keluarga Rumi. Selepas beberapa tahun, Vicky muncul semula dalam hidup Rumi dan menjelaskan Robbie perkara yang sebenar. Setelah itu, Robbie memberi pilihan kepada Rumi untuk membuat pilihan sama ada memilih dirinya ataupun Vicky. Filem ini dibintangi oleh barisan perlakon popular, iaitu Abhishek Bachchan, Taapsee Pannu and Vicky Kaushal.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI