JAMINAN PULANGAN WANG UNTUK FILEM TWO SISTERS



Tonton filem seram TWO SISTERS di pawagam pada hari pertama (18 April). Jika anda suka filemnya, sebarkan kepada kengkawan!

Tapi jika anda tak suka, penerbit filem ini, Kuman Pictures akan pulangkan wang anda! Pos tiket anda (maksimum 4), alamat emel & butir bank anda ke Kuman Pictures Sdn Bhd, 57A Faber Plaza, Jalan Desa Bakti, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tarikh tutup penerimaan tiket adalah selewatnya 30 April, dan mereka akan masukkan duit ke akaun anda pada awal Mei.

TWO SISTERS ialah filem seram psikologi dalam Bahasa Mandarin arahan James Lee, dibintangi Emily Lim & Mei Fen Lim. Ia menerima anugerah Skor Terbaik (Nick Davis) di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) dan akan membuat tayangan perdana antarabangsa di Udine Far East Film Festival, Itali.


Sinopsis: Setelah seorang gadis dibebaskan dari pusat kesihatan mental, dia kembali bersatu dengan kakaknya dan bersama mereka pulang ke rumah keluarga mereka yang terbiar. Bagaimanapun, ada sesuatu yang menghantui rumah itu.

TWO SISTERS
Bahasa: Mandarin
Sarikata: Inggeris / Melayu / Cina
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 April 2019
Genre: Misteri / Seram
Durasi: 1 Jam 27 Minit
Pengedar: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD
Pelakon: Emily Lim, Lim Mei Fen
Pengarah: James Lee
Format: 2D


 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM