MAGNUM OPUS 40 TAHUN M. NASIR 2 #SEARCHWINGSDANROCKNROLL




Inilah peluang untuk anda bertentang mata membicarakan apa yang telah berlaku pada awal 1980an sehingga kemunculan dua band rock yang paling lama bertahan di arena hiburan tempatan - Search dan Wings serta senario muzik rock tanahair pada ketika itu.

Dato M.Nasir telah menghasilkan lebih 50 buah lagu dan lirik bersama SEARCH dan WINGS sejak 1985. Beliau juga telah menerbitkan 7 dari 12 album studio SEARCH dan menerbitkan 4 dari 11 album studio WINGS serta 1 dari 2 album studio DOUBLE TROUBLE. 

Pasti banyak yang akan beliau ceritakan tentang bagaimana karya karya tersebut dihasilkan untuk SEARCH dan WINGS.

Bual bicara bersama Dato M.Nasir dan barisan ahli panel bakal dikendalikan oleh Sdr Rostam Said sebagai moderator. Ahli panel bual bicara terdiri daripada Bob Lokman, Nasir Jani, Nasir Search dan Dato' Awie Wings.

Selepas sesi bual bicara, Dato M.Nasir akan menyampaikan secara solo rangkaian lagu-lagu ciptaan beliau untuk kumpulan Search dan Wings dengan rendisi beliau yang tersendiri. Diiringi oleh barisan pemuzik profesional, The Gong* yang terdiri daripada Aznan (Gitar), Rafi (Gitar), Kelly (Bass), Firdaus (Keyboards) dan Ujang (Drums).



Lagu apa yang akan dinyanyikan oleh Dato M.Nasir?
Lagu apa yang anda mahu beliau nyanyikan?

Jangankan lepaskan peluang ini. Tempat duduk terhad kepada 500 sahaja.

MAGNUM OPUS 40 TAHUN M.NASIR - Siri 2
Harga tiket: RM160, RM140, RM120
Tarikh: Sabtu, 20 April 2019
Masa: 
2.00 – 4.00 petang 
Sesi Bual Bicara 

5.00 – 6.00 petang 
Persembahan Istimewa - Dato’ M.Nasir & The Gong

Tempat: Auditorium DBKL, 
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Anjuran: Roman Abadi Sdn Bhd & Sahabat MNasir

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI :
011 - 3742 1492 : NORAIDA
013 - 302 8077 : MASLIZA
+65 - 8338 3002 : HALEEM (S'PURA)

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA