WYETH NUTRITION PERKENAL S-26 GOLD PROGRESS & PROMISE
Wyeth Nutrition memperkenalkan S-26 GOLD PROGRESS dengan αlipids™, susu tepung rumusan kanak-kanak berusia 1-3 tahun, serta S-26 GOLD PROMISE dengan αlipids™ bagi kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.
Pengenalan dua produk ini adalah selari dengan misi Wyeth Nutrition untuk memupuk kecemerlangan setiap kanak-kanak dengan menyokong kemampuan pembelajaran seumur hidup dari peringkat awal tumbesaran.
Peringkat awal tumbesaran kanak-kanak sangat penting kerana inilah tempoh paling aktif dalam pembentukan hubungan otak. Hubungan otak membantu pemindahan isyarat dalam otak, di samping memainkan peranan penting dalam fungsi keseluruhan otak, terutamanya bagi menyokong kemampuan pembelajaran seumur hidup si kecil.
Berbekalkan nutrisi yang baik, hubungan otak dapat disokong sejak peringkat awal tumbesaran mereka. Rumusan yang diperbaharui ini mengandungi αlipids™, dihasilkan melalui satu proses yang dipatenkan dimana ianya mengekalkan fosfolipid, termasuk sphingomyelin, pada paras yang lebih tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa fosfolipid, termasuk sphingomyelin, merupakan komponen penting di dalam otak yang membolehkan ianya berhubung. Sphingomyelin memainkan peranan penting dalam proses perkembangan otak yang dikenali sebagai pemielinan (myelination). Pemielinan adalah penting dalam pembentukan hubungan otak yang pantas dan efisien yang terbukti kaitannya dengan perkembangan kognitif seperti pertuturan bahasa, kemahiran membaca dan ingatan pengenalan.
“Inovasi kami berasaskan kajian saintifik terkini serta kepakaran selama satu abad dalam menerajui sains pemakanan kanak-kanak. Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kecemerlangan masing-masing, justeru kami berusaha melangkaui batas sains untuk menghasilkan formula saintifik yang terkini dengan menyokong ibu bapa di Malaysia dengan membantu mereka dalam memberikan nutrisi yang terbaik untuk manfaat tumbesaran si kecil,” kata Mohamed Shaarawy, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Wyeth Nutrition, Malaysia, Singapura, Brunei sempena pelancaran S-26 GOLD PROGRESS dengan αlipids™ dan S-26 GOLD PROMISE dengan αlipids™.
“Dalam dunia hari ini yang penuh dengan perkara dan pengalaman baharu, kemampuan seorang kanak-kanak untuk sentiasa mempelajari sesuatu membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya. Nutrisi yang betul bukan sahaja dapat menyokong kemampuan pembelajaran seumur hidup, malah menukar pengetahuan mereka menjadi idea menakjubkan yang memberikan inspirasi serta membuka kemungkinan baharu untuk menjadi cemerlang. Sama ada mereka bijaksana, peneroka, pemimpin ataupun sekadar ingin tahu, khasiat-khasiat utama dalam diet seimbang menyumbang kepada perkembangan untuk mencapai kemampuan tersebut,” tambah beliau.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik Dr. Khoo Phaik Choo, selain nutrisi, rangsangan yang diterima kanak-kanak di peringkat awal kehidupan mempunyai impak besar terhadap tumbesaran dan perkembangan mereka.
“Rangsangan, termasuk pengalaman serta input dari persekitaran mereka, adalah penting untuk perkembangan otak yang sihat. Input deria, bahasa, emosi dan sosial di peringkat awal kehidupan mereka mengukuhkan asas pembelajaran seumur hidup serta kesihatan si kecil,” kata beliau.
Di samping itu, jagaan ibu bapa yang baik merupakan satu lagi faktor penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat. Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama Malaysia serta bapa kepada empat cahaya mata turut berkongsi pandangannya berkaitan pengasuhan anak-anak.
“Keibubapaan berubah mengikut peredaran zaman di mana kini bukan lagi sekadar menyediakan keperluan asas, sebaliknya memupuk kecemerlangan dalam diri anak-anak. Sebagai seorang bapa, saya yakin bahawa pembelajaran seumur hidup merupakan asas ukuran tumbesaran dan perkembangan seseorang anak yang cemerlang. Oleh itu, saya sentiasa mencari pilihan yang terbaik bagi meningkatkan kemampuan pembelajaran anak-anak saya.”
Pada acara pelancaran, beliau turut disertai isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos serta beberapa ibu bapa lain termasuk Amar Baharin, Azura Zainal, Narisa Soraya dan Shaine Wong selain ahli SMAMA Club yang terpilih. Pelancaran S-26 GOLD PROGRESS dengan αlipids™ dan S-26 GOLD PROMISE dengan αlipids™ bakal disusuli pelbagai kempen dan aktiviti Wyeth Nutrition di Malaysia pada tahun ini.
Untuk maklumat lanjut tentang acara dan promosi tersebut, layari https://www.wyethnutrition.com.my atau ‘like’ https://www.facebook.com/WyethNutrition/
Comments
Post a Comment