4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER
Eric Poh, Pengarah Operasi, Universal Traveller Malaysia (kiri) dan Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee |
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Inilah salah satu
manfaat mengembara tetapi pelancong tetap perlu memastikan bahawa mereka
membawa barangan keperluan yang sewajarnya untuk menikmati perjalanan yang
selamat, tanpa kerisauan dan selesa di mana sahaja mereka pergi, sama ada
ekspedisi ke Nepal mahupun percutian romantik ke Paris. Berikut adalah beberapa
petua asas tentang cara untuk mengembara dengan selesa dan penuh bergaya tanpa
berbelanja banyak dan memberikan peluang berjimat dan berbelanja membeli cendera
hati seperti rantai kunci Menara Eiffel untuk rakan-rakan dan keluarga.
1. Pilih Bagasi Yang Menepati Keperluan Anda
Selain cukup besar untuk membawa segala barangan
keperluan, bagasi anda juga perlu kukuh dan tahan lama. Jika anda merancang
untuk membeli-belah, Beg Urbanite Ledge 28 Inci berwarna biru gelap, baldu
merah dan merah jambu mekar cukup besar untuk menyimpan semua buah tangan anda.
Bagi mereka yang gemar mengembara, bagasi Urbanlite Ray sememangnya terbaik.
Beg beroda pemutar 360 darjah untuk menjamin pergerakan lancar di atas
permukaan berbeza, ini tidak mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang
lain meskipun ditarik merentasi jalan berbatu pada waktu tengah malam. Dengan
kunci kombinasi kualiti premium, barangan anda pasti selamat dan terlindung.
2. Pastikan Pakaian Disusun Dengan Teratur
Anda pasti kagum dengan begitu banyak ruang yang boleh
anda ‘tambah’ dengan pelbagai kaedah susunan berbeza. Mereka yang merantau ke
seluruh pelosok dunia telah berkongsi petua dan cara untuk menyusun kandungan
dengan kemas, malah ada yang mencadangkan anda melipat dan mengatur pakaian
secara menegak supaya anda boleh memuatkan lebih banyak barang. Di samping itu,
alat simpan atur seperti beg vakum dan kiub penyimpanan yang bergaya daripada
Universal Traveller akan membantu anda menyusun pakaian dan aksesori dalam
beg-beg lebih kecil. Ini membolehkan pakaian dalam beg pakaian diambil tanpa
mengeluarkan seluruh kandungan bagasi.
3. Bersedia Dengan Pakaian Bersesuaian Untuk Destinasi Negara Sejuk
Jika anda melancong semasa
musim sejuk, pakaian musim dingin wajib dibawa. Dapatkan pakaian selesa yang
tampak bergaya, seperti jaket buku yang ringan dan dilapisi bulu lembut, kot
musim sejuk dan baju sejuk berkait dengan sulaman bunga agar anda boleh memuat
naik gambar-gambar menarik di Instagram. Jika anda mengembara sekeluarga, anda
boleh memadankan aksesori musim sejuk dengan pakaian anak-anak, termasuk sarung
tangan, topi musim sejuk comel dan sarung kaki bulu biri-biri. Mungkin anda
hanya akan melancong pada bulan Disember tetapi jadilah pembeli pintar dan
dapatkannya sekarang pada harga di luar musim. Mengapa tunggu sehingga musim
dingin untuk membeli pakaian dingin dan membayar harga lebih mahal untuk
barangan yang sama? Malah, anda juga akan menerima hadiah percuma seperti beg
kain dan penutup telinga apabila anda membeli sekarang.
4. Jimatkan Masa Dengan Membeli Keperluan Percutian Secara Online
Tidak perlu bersusah-payah memandu ke pelbagai tempat
untuk mencari keperluan perjalanan kerana anda boleh mendapatkan segalanya di
kedai rasmi Universal Traveller di Shopee. Ini termasuk adapter kembara kepada
beg galas kegunaan lasak, kantung dan kunci mahupun but salji, beg kasut,
pemanas, penimbang bagasi dan bagasi kanak-kanak yang boleh dibeli di hujung
jari.
Universal Traveller akan menganjurkan Super Brand Day pertama di Shopee pada
16 Mei. Walaubagaimanapun, sambutan akan diadakan pada 13 Mei hingga 17 Mei
dengan hari bertema supaya rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun hebat
sehingga 70%, di samping tawaran hebat serta promosi eksklusif.
- Daily Shocking Sale – dapatkan tawaran serendah RM99 untuk bagasi
- Daily Happy Hour – terima potongan 30% dari jam 8pm hingga 11.59pm dengan kejutan tambahan pada 16 Mei 2019
- Baucar Hebat Harian - nikmati potongan 15% dengan perbelanjaan minimum RM180
- Tawaran Hari Ini Sahaja – rebut tawaran, baucar dan hadiah menarik yang sememangnya hebat setiap hari
- Shopee Live – saksikan pengaliran langsung di aplikasi Shopee pada jam 8.30pm untuk dapatkan petua dan cara untuk menjadi pelancong bergaya. Malah anda berpeluang untuk memenangi baucar daripada Universal Traveller
- Penghantaran Percuma – nikmati penghantaran percuma di seluruh kedai, terutamanya bagi bagasi tanpa perbelanjaan minimum
Pelopor trend dan pengembara dunia boleh dapatkan
Airways, Jean-Francois dan Urbanlite, jenama eksklusif dalam talian Universal
Traveller yang amat diminati ramai. Miliki set dua dalam satu beg kulit keras
laris Urbanlite Ledge atau Urbanlite Ray yang hanya boleh didapati secara
eksklusif di Shopee.
“Universal Traveller telah berkembang maju daripada
sebuah peruncit pakaian musim dingin kepada jenama pakaian fesyen yang
terkemuka di Asia Tenggara. Kami sentiasa mencipta semula dan mencetus inovasi
dalam usaha memenuhi keperluan pengembara moden, dan salah satu cara untuk
membawa pembaharuan dalam pengalaman beli-belah pelanggan adalah dengan
menerokai perniagaan digital. Kerjasama dengan Shopee untuk menganjurkan Super Brand Day di platform ini
membolehkan kami bukan sahaja mencapai 16 juta pengguna tetapi juga menawarkan
keperluan perjalanan menjimatkan kos yang bernilai tambah supaya mereka
mendapat pengalaman kembara luar biasa, sama ada di dalam atau luar negara,”
kata Eric Poh, Pengarah Operasi, Universal
Traveller Malaysia.
Bersetuju dengan pandangan ini, Ian
Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kami sentiasa berusaha
memberi pengguna pilihan barangan keperluan yang lebih luas dan teruja kerana
dapat bekerjasama dengan nama yang terkenal dan dipercayai di Malaysia seperti
Universal Traveller memenuhi keperluan pengembaraan pengguna kami dari segi
fungsi dan gaya, kini menawarkan produknya pada harga lebih rendah daripada
harga runcit! Universal Traveller juga merupakan jenama fesyen pertama untuk
menganjurkan Super Brand Day di
Shopee, menyertai rakan jenama lain yang telah berjaya mengadakan acara mereka.
Kami akan terus bekerjasama dengan jenama-jenama supaya pengguna memanfaatkan
sepenuhnya Ringgit mereka untuk segala barang keperluan apabila mereka
membeli-belah menggunakan platform kami.”
Sertai
Universal Traveller Super Brand Day di Shopee pada https://shopee.com.my/m/super-brand-day
Comments
Post a Comment