"DARI DAPUR UMMI" SUNWAY PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR




Sempena bulan Ramadan ini, Sunway Putra Hotel bakal menampilkan sekali lagi hidangan bufet yang disediakan oleh Chef Eksekutif Rossham Rosli yang pernah memenangi anugerah. Bertemakan "Dari Dapur Ummi", promosi bufet Ramadan boleh didapati mulai 6 Mei sehingga 4 June di Coffee House, Aras 9 Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. 



Aneka Ulam-ulaman yang berkhasiat.

Pembuka selera

Sebagai pembuka selera, anda boleh menikmati pelbagai kerabu yang enak dan segar, termasuk Kerabu such as Kerabu Isi Kelapa Daun Selasih, Kerabu Inti Kelapa Pedas Kacang Botol dan Pucuk Paku, Kerabu Kerisik Taugeh and Kacang Panjang, Kerabu Assam Limau Betik Muda & Kedondong serta Kerabu Ayam Pedas. Aneka ulam-ulam, Pasembor, Gado-gado dan Salad juga boleh didapati di kaunter Pembuka selera.

Asam Pedas Kepala Ikan

Sup Gear Box

Kerabu ayam Pedas


Ayam Masak Gajus

BBQ Ikan

Kambing Bakar

Sate Ayam

Aneka Gulung-gulungan

Kuih Badak Berendam

Aneka Kuih Talam

Pelbagai kaunter masakan/ makanan bertema juga akan disediakan seperti Gulung-gulung (sushi), Rebus-rebus (Sup Gear Box), Bakar-bakar (Kambing Panggang dan Sate Ayam & Daging), Celup-celup (Gorengan celup tepung), Kawah Kepala Ikan (dihidangkan dengan kuah Asam Pedas) dan Kukus-kukus  (Sepuluh jenis kuih talam air tangan chef).

Menu hidangan utama yang ekstensif dan bakal ditukar bersilih-ganti menampilkan citarasa kegemaran ramai seperti Ayam Percik Seri Menanti, Daging Dendeng Cili, Kambing Dalca Mangga Muda, Ikan Kembong Asam Rebus, Ayam Madu Berempah, Daging Rendang Negeri Sembilan, Udang Masak Lemak dengan Belimbing Buluh & Bunga Knatan, Ikan Tenggiri Acar Campur Berempah, Ayam Masak Kicap Berempah, Udang Kalio dengan Pucuk Paku, Ikan Keli Salai Masak Lemak Bunga Kantan, Sotong Masak Samba] Cili Merah, Ayam Masak kari Hiju Utara, Daging Lemak Cili Padi, Paru Goreng Berlada Merah dan Ikan Patin Masak Tempoyak.

Tidak melupakan tetamu yang gemarkan masakan Cina dan India, bufet turut menyediakan Udang Mentega, Sotong Masak Lada Hitam & Bawang Putih, Dalca Kambing, Kari Ayam Mentega, Sayur Campur, Tikka Ikan dan banyak lagi. 





Lengkapkan hidangan anda dengan pilihan pemanis mulut tempatan dan antarabangsa seperti Ubi Kayu Rebus, Lompat Tikam, Badak Berendam, Icekacang, Cendol, French Chocolate Tart, Chocolate Mango Mousse, Yam Dark Chocolate Cake, Chocolate Green Tea Cake, Bubur Kacang Merah, Hawaiian Coconut Cake, Coconut Lemon Velvet dan Bubur Kacang Hijau.



Harga bufet "Dari Dapur Ummi" adalah MYR138 nett seorang dewasa dan 50% untuk kanak-kanak berusia 7 - 12 tahun dan juga warga emas. Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-4040 9888 atau emel spkl.dine@sunwayhotels.com.

Sunway Putra Hotel juga menawarkan pakej mesyuarat, persidangan, seminar atau latihan serendah RM90 nett seorang. Pakej termasuk tempat, sistem AV ass, dengan Makan Malam Bufet. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-4040 9888 atau emel spkl.events@sunwayhotels.com

.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!