KEJUARAAN TARIAN SINGA KEBANGSAAN KE-19 BERMULA MEI INI!



Walaupun Tahun Baru Cina telah berlalu, semangat tarian singa masih membara di Resorts World Genting. Sebagai penyokong tegar seni dan kebudayaan, Resorts World Genting mengumumkan pencarian kumpulan tarian singa terhebat di Malaysia dengan Kejuaraan Tarian Singa Kebangsaan Malaysia ke-19 mulai bulan Mei ini. Juara kebangsaan akan mewakili Malaysia di Kejuaraan Tarian Singa Sedunia Genting ke-14 di tahun 2020 nanti. 


Orang ramai dijemput untuk menyaksikan aksi akrobatik tarian singa di acara saringan yang akan diadakan untuk Kawasan Selatan, Utara dan Tengah pada 25 & 26 Mei 2019 di Leisure Mall, Cheras dan Kawasan Timur pada 30 Jun 2019 di Stadium Likas, Sabah. 

Cabutan undi untuk menentukan nombor giliran sedang dijalankan.

Peringkat Separuh Akhir dan akhir akan dilangsungkan pada 7 dan 8 Disembe 2019 di Arena of Stars, Resorts World Genting. Tiga pemenang dari setiap kawasan akan bertanding di Peringkat Separuh Akhir secara automatik, bersama lapan lagi pasukan dengan markah tertinggi dari keseluruhan negara. 


Juara kejohanan bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM18,000 dan trofi, manakala tempat kedua dan ketiga bakal menerima wang tunai RM10.000 dan RM8,000 serta trofi. 


Tiket-tiket untuk Peringkat Separuh Akhir pada 7 Disember berharga RM50 (Tempat duduk bebas/Free Seating) setiap satu manakala untuk Peringkat Akhir pada 8 Disember berharga RM150 (PS1, tempat duduk bernombor) dan RM100 (PS2, tempat duduk bebas). Yuran memprosesan RM4 akan dikenakan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603-2718 1118.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI