LAZADA & WMM PERSEMBAHKAN ANNE-MARIE LIVE IN MALAYSIA




Lazada Malaysia dan Warner Music Malaysia mengumumkan konsert sulung penyanyi dari UK, Anne-Marie di Kuala Lumpur! Konsert ini bakal dilangsungkan pada 22 Julai, Isnin, jam 8 malam di KL Live.

Walaupun Anne-Marie hanya melancarkan sebuah album, Speak Your Mind, tahun lalu, beliau mempunyai lebih 18 lagu single termasuk #1 di UK seperti "Rockabye" bersama Clean Bandit dan Sean Paul, "Alarm", "Ciao Adios", "Friends" dan "2002".

Terdapat empat kategori tiket untuk jualan: CAT 1 RM238, CAT 2 RM202, CAT 3 RM188, dan CAT 4 RM138. Tiket bakal dijual pada 17 Mei 2019 mulai jam 12 tengah malam. Ini adalah kali pertama jualan tiket konsert dilakukan secara eksklusif menerusi  LazMall dalam aplikasi Lazada app, dan www.lazada.com.my

Peminat-peminat Anne-Marie boleh mendapatkan tiket menerusi stor rasmi Warner Music Malaysia di LazMall:  https://WMM.lnk.to/annemarieMY




Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI