"NOSTALGIA SAJIAN DESA" DI RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL

Restoran Rebung Dato Chef Ismail membawakan "Nostalgia Sajian Desa" untuk bulan Ramadan tahun ini. Kepada yang rindukan masakan kampung yang autentik, Restoran Rebung menyediakan lebih 90 jenis makanan, bermula daripada makanan pembuka selera (appetizer) sehinggalah pencuci mulut (dessert). Hidangan signatur Restoran Rebung dikekalkan di bufet Ramadan. Antaranya adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Pari Masak Asam Pedas, Siput Sedut Masak Lemak dan lain-lain.
Selain daripada hidangan utama, Restoran Rebung adalah terkenal dengan kuih-muih tradisonal Melayu yang enak. Antara yang harus dicuba adalah Sagu Gula Melaka, Agar-Agar Merah, Seri Muka Pandan Talam Suji, Puding Kacang Merah, Kaswi Pandan, Kuih Lapis dan banyak lagi. Jangan lupa untuk mencuba serawa durian dan juga bubur cha cha sebagai pencuci mulut.
Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 500 orang pada satu masa. Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa.
![]() |
Dato Chef Ismail menyempurnakan gimik pelancaran Bufet Ramadan di Restoran Rebung |
![]() |
Masakan Melayu Tradisonal |
![]() |
Para pelanggan di meja hidangan bufet |
![]() |
Stesen Roti Jala |
![]() |
Untuk sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan akan dialunkan dengan irama Ghazal oleh kumpulan Ghazal Sri Nuansa. |
![]() |
Aneka Pembuka Selera |
![]() |
Ulam-ulaman |
![]() |
Hidangan signatur Restoran Rebung - Daging Salai Masak Lemak Cili Api |
![]() |
Daging Salai Masak Lemak Cili Api & Siput Sedut Masak Lemak |
![]() |
Telur Itik Masak Lemak |
![]() |
Rojak |
![]() |
Asam Pedas Ikan Pari dan beberapa lagi hidangan signatur Restoran Rebung |
![]() |
Kuih-muih Tradisional Melayu |
![]() |
Manisan Pencuci Mulut Bubur Cha Cha, Serawa Durian & Pulut dan Pengat Pisang |
Pakej Bufet Ramadan Restoran Rebung berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, mulai 6 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019.
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, sila hubungi kami di talian: 03-2276 3535 / 03-2276 2525
RESTORAN REBUNG
Alamat :5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana,50480, Kuala Lumpur.
No. Tel Restoran : +603-2276 3535
Office : +603-2276 2525
Emel: restoranrebungchefismail.com
Facebook: Restoran Rebung Chef Ismail
Instagram: rebung_taman_botani
Waze: Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Koordinat (GPS): 3.1476795,101.6869198
Kredit Foto: FB Resoran Rebung
Comments
Post a Comment