PAVILION KUALA LUMPUR LANCAR KEMPEN "THE BEAUTY OF RAYA"
Destinasi beli-belah mewah di Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur hari ini memperkenalkan kemeriahan sambutan "The Beauty of Raya" yang diilhamkan oleh ketupat, dianyam untuk dijadikan hiasan dan menawarkan pengalaman tersendiri.
Ketupat, yang simbol penyatuan Malaysia dan sangat sinonim di musim Hari Raya merupakan perlambangan yang merangkum untuk diraikan oleh semua warga. Jamu selera dengan pelbagai juadah berbuka puasa, suasana beli-belah musim perayaan yang unik serta kembali kepada warisan anyaman ketupat dan tidak lupa juga untuk menyumbang kepada kebajikan bersama kami, bermula sekarang hingga 13 Jun nanti.
Sebagai destinasi pilihan untuk pengalaman musim perayaan di Malaysia, Pavilion KL mengalu-alukan pengunjung dengan suasana Hari Raya yang gemilang. Pengunjung akan disambut oleh arca diperbuat daripada bunga calendula di pintu masuk utama. Ini disusuli pula dengan hiasan bunga mekar di Tangga Sepanyol. Tumpuan utama tentulah di ruang legar Center Court, meriah dan lengkap dengan dekorasi ketupat sebagai simbol keindahan Hari Raya — tautan perkongsian dan kesepaduan yang menjadi tunjang tradisi dengan cahaya-cahaya bergemerlapan.
Sebagai destinasi pilihan untuk pengalaman musim perayaan di Malaysia, Pavilion KL mengalu-alukan pengunjung dengan suasana Hari Raya yang gemilang. Pengunjung akan disambut oleh arca diperbuat daripada bunga calendula di pintu masuk utama. Ini disusuli pula dengan hiasan bunga mekar di Tangga Sepanyol. Tumpuan utama tentulah di ruang legar Center Court, meriah dan lengkap dengan dekorasi ketupat sebagai simbol keindahan Hari Raya — tautan perkongsian dan kesepaduan yang menjadi tunjang tradisi dengan cahaya-cahaya bergemerlapan.
"The Beauty of Raya" dibawakan dengan kerjasama eksklusif Maybank, rakan bank rasmi Pavilion KL 2019; Kiehl's, yang merupakan rakan kongsi perayaan paling lama bagi jenama berkenaan serta Pandora. Tangga Sepanyol juga menampilkan pameran yang dikendalikan khas oleh Fashion Valet, menampilkan koleksi "Jalan Raya" eksklusif mereka.
Menyempurnakan majlis perasmian "The Beauty of Raya" ialah Dato' Philip Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT; Md. Gharif bin Taib, Ketua, Kad Maybank Malaysia serta beberapa individu dan warga lain yang turut menyumbang tenaga kepada komuniti dan masyarakat. Mereka terdiri daripada Dr. Hartini Zainudin, Aktivis Hak Asasi Kanak-kanak dan Pengasas Yayasan Chow Kit serta Dr Norhayati Abdullah, Naib Presiden, Persatuan Air Malaysia dan penerima anugerah Fellowship L'Oreal-UNESCO Bagi Wanita Di Dalam Sains 2018.
Disertai oleh 100 kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Shifa, Rumah Permata Hatiku dan Cahaya Kasih Bestari, begitu juga dengan wakil-wakil masyarakat seperti Polis DiRaja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Pemandu Pelancong Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, pihak media dan rakan-rakan Pavilion KL, para tetamu dihidangkan dengan persembahan menarik, termasuk tarian oleh staf dan pekerja Pavilion KL sebagai tanda terima kasih kepada semua.
Selain itu, terdapat banyak keseronokan perayaan serta hidangan makanan lazat di Pavilion Hotel Kuala Lumpur.
Ketika majlis pelancarannya, pihak pengurusan kanan pusat beli-belah berkenaan bersama tetamu VIP turut mengagihkan duit raya kepada anak-anak yatim serta paket Ramadan Pavilion KL kepada orang ramai sebagai usaha tanggungjawab sosial berterusan syarikat. Kewpie Malaysia, Maggi, Mamee, Mondelēz International, Nestle dan Vel Art telah bermurah hati untuk menaja beg cenderahati dan paket Ramadan yang mengandungi makanan untuk berbuka dalam perjalanan berkenaan. Lebih 1,000 paket Ramadan akan diedarkan sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Bercakap ketika majlis pelancaran, Dato' Philip Ho berkata: "Hari Raya kali ini, kami beri tumpuan kepada ketupat. Walaupun ringkas, ia merupakan makanan utama bagi ramai rakyat Malaysia ketika Hari Raya.
Penyediaannya juga turut menjadi budaya yang melibatkan kerjasama dari ramai orang. Ia simbol penyatuan, sebagai ikon bagi tradisi di Malaysia dan semangat yang dibawa oleh Hari Raya Aidilfitri. Inilah sebabnya mengapa ketupat dipilih menjadi perlambangan yang menarik bagi kempen "The Beauty of Raya", yang mementingkan penyertaan semua kelompok, berkongsi dan meraikan Hari Raya bersama tanpa mengira bangsa, agama atau warga negara."
Pavilion KL juga melancarkan usaha tanggungjawab sosial "The Beauty of Raya" sebagai teras kepada kempen musim perayaan kali ini. Dalam berkongsi tradisi menganyam ketupat, pengunjung turut dipelawa untuk belajar dan menghasilkan sendiri hiasan ketupat mereka di pusat beli-belah berkenaan, atau membuatnya di rumah menggunakan bahan-bahan pilihan mereka sendiri. Bagi setiap ketupat yang dikumpulkan di Pavilion KL, pusat beli-belah berkenaan akan menderma RM1 untuk kebajikan, dengan sasaran 30,000 ketupat dikumpul untuk tujuan itu.
Hidupkan memori dan kemeriahan Hari Raya tahun ini dengan gambar dan jangan lupa untuk menggunakan tanda #TheBeautyOfRayaxPKL.
Tawaran bagi pemegang kad Maybank 1. Tuntut Beg Perayaan percuma dan satu (1) paket Hari Raya dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam satu resit atau RM300 dengan Kad Kredit Maybank di kedai-kedai khusus*. 2. Tuntut Set Calendula Hydrator Kiehl's bernilai RM250 dan satu (1) pakej Hari Raya dengan perbelanjaan minimum RM1,800 dalam satu resit**.
* Terhad kepada 3,000 tuntutan terawal; tuntutan terhad kepada satu (1) Beg Perayaan dan maksimum dua (2) paket Hari Raya sehari bagi setiap pembeli
** Terhad kepada 500 tuntutan terawal bagi setiap pemegang kad setiap hari
Untuk maklumat lanjut berkaitan "Indahnya Raya", layari laman sesawang Pavilion KL di www.pavilionkl.com, semak kemaskini semasa di laman Facebook di https://www.facebook.com/PavilionKL dan Twitter di www.twitter.com/Pavilion_KL atau Instagram di www.instagram.com/PavilionKualaLumpur atau boleh juga hubungi talian 03-21188833.
Comments
Post a Comment