PEMENANG PERADUAN WAVE2WIN: SF COFFEE & MYDEBIT DIUMUM
The expert coffee roasters, San Francisco (SF) kini menutup tirai peraduan ulungnya di seluruh negara dengan kerjasama Payment Network Malaysia (PayNet), dimana acara kemuncak peraduan yang telah berlangsung selama empat bulan itu disambut dengan suasana yang meriah bersama para pemenang peraduan “Wave2Win” yang membawa pulang pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM 225,000.
Secara lancar dan mudah, peraduan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang membelanja sebanyak RM30 dalam satu resit tunggal dengan menggunakan kad MyDebit di mana-mana kedai kopi SF - konsep “wave” bertujuan untuk menyenangkan urus niaga pengguna demi memaksimumkan kemudahan sambil menjimatkan masa dalam menjalani kesibukan harian mereka.
"Bagi segala apa yang telah kami capai, budi kami terhutang kepada pelanggan setia yang tidak putus menyokong kami sejak awal lagi. Pertandingan 'Wave2Win' berfungsi sebagai dwi-landasan untuk kami memberi kembali kepada masyarakat: 1) sebagai tanda penghargaan bagi kesetiaan para pelanggan dan 2) untuk menawarkan kemudahan tatkala kesibukan harian mereka,” kata Cik Koo Sue San, Pengurus Besar San Francisco Coffee.
Sejak pelancaran peraduan pada bulan November 2018, kedai-kedai SF di seluruh Malaysia dapat merasai keseronokan dimana para peserta dari semua lapisan masyarakat: peminat kopi, makanan dan yang berkaitan kesemuanya berkerumun di kedai SF yang berdekatan demi mencuba nasib dengan setiap “wave”.
Sebagai jenama yang menjuarai kreativiti dan keperibadian, pertandingan "Wave2Win" menyediakan pelbagai hadiah yang dapat memberi inspirasi, menggembirakan dan menyegarkan deria: pemandangan, bunyi, rasa, sentuhan, dan bau, sama seperti pencapaian yang diusahakan oleh setiap kedai kopi SF.
Nasib memihak kepada kedua orang pemenang utama, Najwa Baharuddin dan Chai Pei Chee dimana mereka telah memenangi mesin kopi La Marzocco dan pengisar kopi yang dilengkapi dengan latihan kopi profesional oleh San Francisco Coffee yang bernilai RM40,000.
Najwa Baharuddin yang berusia 30 tahun begitu teruja dengan kegembiraan lalu terus memeluk ibunya setelah menyedari bahawa beliau telah memenangi hadiah utama.
"Saya tidak menjangkakan untuk memenangi hadiah utama, saya fikir saya hanya akan memenangi sesuatu yang lain, tetapi saya sangat gembira dan bersyukur atas kemenangan ini!" kata Najwa.
Berkongsi tahap keseronokan yang sama, Chai Pei Chee yang berusia 41 tahun terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.
"Saya terkejut namun berterima kasih kerana telah memenangi hadiah utama. Saya tidak sabar untuk menghadiri latihan kopi profesional!” kata Pei Chee.
Peserta bertuah yang lain turut pulang dengan hadiah-hadiah yang lumayan termasuk:
- Hadiah pertama: 5 x Basikal Khusus Tarmac bernilai RM 10,000 setiap satu
- Hadiah ke-2: 4 x Kamera Sony dengan aksesori bernilai RM 10,000 setiap satu
- Hadiah ke-3: 8 x iPhone X
- Saguhati: 4 x Apple Watch bernilai RM 1,800 setiap, 3 x fon kepala Marshall bernilai RM 400 setiap, 50 x BODUM French Press bernilai RM 100 setiap satu
"Di dalam DNA jenama kami terterapnya kepentingan untuk meraikan keunikan dan kreativiti. Oleh itu, ia dianggap sesuai untuk kami menghadiahkan para pemenang dengan hadiah-hadiah yang boleh memperkasakan bakat yang dipunyai sambil memberi peluang dan platform untuk memaksimumkan dan mempraktikkan kemahiran mereka,” kata Cik Foo.
Walaupun peraduan "Wave2Win" telah selesai, SF Coffee menjanjikan detik-detik menarik kian menanti pihak syarikat dan para pelanggan untuk baki tahun 2019.
"Pada tahun ini, kami mempunyai rancangan untuk memperluaskan jangkauan kami dari lebih 50 cawangan di seluruh negara ke 60 cawangan menjelang akhir tahun 2019," kata Cik Koo.
Kontrak SF Coffee dan MyDebit "Wave2Win" telah berlangsung di seluruh negara dari 5 November 2018 dan berakhir pada 30 Mac 2019.
Untuk maklumat lanjut tentang SF Coffee, sila layari: www.sfcoffee.com atau lawati laman Facebook mereka di sini: www.facebook.com/sfcoffee.
Comments
Post a Comment