PERAYAAN ULANG TAHUN KE-80 BATMAN DI SKYAVENUE, GENTING



Pertama kali di Asia Tenggara! Satu perayaan besar-besaran untuk menyambut  Ulang Tahun  Batman yang ke-80 sedang diadakan di SkyAvenue Genting Highlands mulai 10 Mei sehingga 10 Julai.


Dari penampilannya yang pertama sebagai Bruce Wayne di dalam komik, DETECTIVE COMICS #27 pada March 30, 1939, Batman atau juga dikenali sebagai Dark Knight telah diangkat menjadi simbol kecekalan, keberanian dan keadilan kepada beberapa generasi peminatnya selama 80 tahun. Pengaruh adiwira ini dapat dirasai di dalam pelbagai cabang hiburan moden seperti komik, kartun, siri televisyen, permainan video, taman tema, permainan, barangan untuk koleksi, pakaian dan produk gaya hidup termasuk filem blockbuster sama ada dalam bentuk filem animasi atau lakonan aksi.


Dengan kerjasama Warner Bros. Consumer Products dan DC Entertainment, Sky Avenue, Resorts World Genting telah menyusun program aktiviti dan pameran yang bakal dilangsungkan di pelbagai lokasi dalam pusat membeli-belah tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang menanti anda di Batman 80 Years di SkyAvenue adalah:

Batman SkySymphony - Foto oleh Tian Chad

 Persembahan Batman SkySymphony di Aras 1, SkyAvenue. Keunikan persembahan ini terletak pada pergerakan 1,000biji bola winch yang tergantung dari siling membentuk imej seiring dengan muzik latar dan paparan 360° LED syang menampilkan grafik dari era yang berbeza dalam 80 tahun sejarah Batman. Persembahan akan diadakan setiap hari pada masa yang trtentu mulai 10 Mei sehingga 10 Julai 2019. 

Empat versi patung Batman dari filem dan animasi.

Replika 1:1 Batmobile dari filem Batman v Superman: Dawn of Justice dalam 2016

Replika 1:1 Batmobile dari filem Batman 1989

 Peminat bepeluang untuk bergambar dengan replika siaz sebenar patung-patung Batman, replika 1:1 Batmobile daripada filem Batman 1989 arahan Tim Burton dan Batmobile daripada filem Batman v Superman: Dawn of Justice dalam 2016, di Aras 1, SkyAvenue. 


 Ketahuilah perubahan adiwira kesayangan anda di  panel sejarah Batman dari tahun 1938 sehingga 2019 di SkyAtrium. 


 Kepada yang gemar bergambar, kunjungilah dinding trick-art di SkyAtrium. 

Batmobile Mini untuk Kanak-kanak

 Kanak-kanak pasti akan menjadi seronok memandu Batmobile mini di litar istimewa Batman. 

Penampilan Batman bertemu peminat

 Saksikan persembahan secara langsung Batman dan temui Batman dalam sesi  Batman Meet & Greet yang akan diadalkan tiga kali sehari pada hari tertentu di Pentas Times Square. Para peminat juga boleh menyertai acara cosplay pada 28 – 30 Jun ; 05 – 7 Julai 2019 di Pentas Times Square. 

Catwoman & Batman versi Chibi Foto oleh Tian Chad

 Nak tengok watak-watak Batman dalam bentuk yang comel atau Chibi? Bergegaslah ke Aras 3 of SkyAvenue untuk berswafoto dengan replika ‘chibi’ Batman, The Joker, Poison Ivy dan sebagainya.  


 Saksikan dengan dekat seni Wayang Kulit Batman yang dipamerkan di SkyAvenue. Watak-watak Batman dizahirkan sebagai boneka wayang kulit yang unik dan bayangan dipancarkan ke atas skrin linen.


 Koleksi komik Batman milik pengumpul tegar, Han Lim juga akan dipamerkan kepada orang ramai di SkyAvenue.




Kemeja-T sedondon Batman 80th 

 Bawa pulang cenderahati Batman dari stor pop-up di Skytropolis dan Lobi First World. Produk ulang tahun ke-80 Batman edisi terhad boleh didapati di sini. Jika tidak cukup lagi membeli-belah di stor pop-up, anda boleh kunjungi kedai DC Superheroes di SkyAvenue untuk mendapatkan barangan adiwira DC Comics. 

Kedai flagship DC Superheroes di SkyAvenue

DC Comics Superheroes Cafe - menyajikan hidangan dan minuman bertemakan watak adiwira komik DC.

 Bersantai di DC Superheroes Cafe di SkyAvenue selepas penat mengunjungi pameran ulang tahun ke-80 Batman di Genting Highlands.  . 


Para peminat untuk menyertai perbualan di media sosial boleh menggunakan tanda pagar #Batman80 dan #LongLiveTheBat. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Batman80.com atau www.rwgenting.com/attractions/sky-avenue/ 


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI