SINOPSIS FILEM KOMEDI AKSI MARABAHAYA UNDERGROUND



Jika sebelum ini kedua penyanyi popular ini sering tampil di pentas nyanyian dengan mencipta gaya dan cara nyanyian tersendiri,kali ini Akim dan Hazama melebarkan tali persahabatan dengan muncul dalam filem Marabahaya Underground terbitan D’Edge Communication (m) Sdn. Bhd.

Pihak MOVIE Animation Park Studios (MAPS) juga muncul berkolaborasi bersama D’Edge Communication (M) Sdn Bhd bagi menjayakan sebuah filem genre aksi komedi sukan permotoran berjudul Marabahaya Underground.

Filem arahan pengarah terkenal, Helmi Yusof bersama penulis skrip, Subroto Katimin itu bakal menampilkan beberapa pelakon terkenal antaranya Hazama, Akim Ahmad dan Dayana Roza.

Dayana Roza

Sebuah cabaran buat Akim mahu Hazama untuk terlibat dalam filem yang menuntut komitmen dan skil mereka untuk mempamerkan aksi lasak suka permotoran.

SINOPSIS:


MARABAHAYA UNDERGROUND ialah kisah komedi aksi yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar yang berasal daripada Ipoh, Perak bernama Fison Hamdi atau mesra dipanggil Chon. Chon datang dari sebuah keluarga sederhana, memiliki sebuah kereta Myvi yang diubahsuai kepada sebuah kereta ‘sport dan ranggi’. 

Chon merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Ipoh yang amat meminati sukan Drift dan mengidolakan Shah Dhani, seorang juara sukan drift di Ipoh. Gambar poster Shah Dhani terpampang di biliknya. Chon sering ke acara sukan Drift sama ada melihat pameran dan sertai di litar lumba dan dari situ dia mengagumi Shah Dhani. 

Chon seorang pemuda yang rajin mencari duit dan fokus apa yang diimpikannya iaitu ingin memiliki sebuah kereta Drift. Untuk cari duit lebih, Chon menjadikan kereta Myvi miliknya sebagai GRAB CAR. Pelbagai gelagat lucu dan ragam sepanjang Chon memandu GRAB CAR. Manakala Shah Dhani, walaupun dia merupakan juara sukan drift tetapi dia sebenarnya mempunyai banyak masalah, punya hutang bertimbun dan sering diburu samseng. Dia sanggup berlumba haram untuk melangsaikan hutangnya tetapi hutangnya masih gagal dilangsai. Pekerjaan utama Shah Dhani ialah sebagai pelumba lagak ngeri kereta drift di Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh, Perak iaitu taman tema animasi pertama di Asia. 

Perkenalan Chon dan Shah Dhani bermula apabila Chon datang ke Taman Tema MAPS dan melihat Shah Dhani beraksi. Ketika sesi bergambar itulah Chon merayu kepada Shah Dhani agar mengambilnya sebagai anak murid. Bermula dari situ hubungan Chon dan Shah Dhani menjadi rapat. Chon belajar berlumba Drift dengan Shah Dhani baik di dalam track MAPS atau di litar haram hingga dia menjadi mahir. 

Mereka berdua rapat juga dengan seorang ketua pomen di MAPS iaitu Ayai. Suatu hari Ayai menawarkan kepada Chon membeli sebuah kereta Drift iaitu Chon hanya perlu sambung bayar sahaja. Inilah impian yang ditunggu-tunggu. Atas dorongan dan idea daripada Ayai dan Shah Dhani, Chon bersetuju membeli kereta Drift itu. 

Kereta Drift Chon dijadikan sebuah kereta GRAB Car yang istimewa. Pelbagai gelagat daripada servis yang ditawarkan oleh Chon hinggalah perkenalannya dengan seorang gadis cantik bernama Intan Farhana. Untuk mendapatkan cinta Intan Farhana, pelbagai cara dilakukannya agar Intan Farhana melanggan GRABnya.




Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI