'SWAN LAKE' BAKAL MEMUKAU PEMINAT BALET DI ISTANA BUDAYA



Penari balet utama wanita antarabangsa Irina Kolesnikova membawakan bersama bintang St Petersburg Ballet Theatre dalam sebuah produksi memukau Swan Lake.

Pertama kali dipentaskan di St Petersburg pada 1895, Swan Lake mengatur skor Pyotr Ilyich Tchaikovsky yang tidak lapuk dik zaman dan merupakan salah satu produksi tarian balet paling popular di dunia. Dengan aksi “white acts” yang sukar ditandingi, suasana dewan tarian yang menakjubkan dan memukau hadirin, muzik mengagumkan dan penceritaan yang begitu menyentuh hati, ini adalah sebuah persembahan balet yang mengatasi semua karya yang seumpamanya. Swan Lake menceritakan kisah putera Prince Siegfried ketika muda yang jatuh cinta dengan Puteri Angsa Odette, seorang wanita yang bertukar menjadi angsa putih setelah terkena sumpahan ahli sihir Rothbart. Ini adalah sebuah kisah bagaimana cinta sejati menguasai segalanya.

Ditubuhkan pada 1994, St Petersburg Ballet Theatre bukan sahaja terkenal dengan penari terlatih Vaganova, tetapi juga produksi jangka panjang yang menakjubkan. Diterajui oleh penari balet utama wanita Irina Kolesnikova, syarikat tersebut mengembara ke seluruh dunia untuk mempersembahkan karya klasik daripada himpunan karya agungnya termasuk Giselle, Don Quixote, La Bayadere, Romeo dan Juliette serta The Nutcracker dan Sleeping Beauty. Syarikat yang sangat popular itu menerima sambutan tinggi dengan mengadakan lebih 200 persembahan setiap tahun.

Selepas tiket habis terjual di London, Paris, Sydney dan Singapore, St Petersburg Ballet Theatre yang cukup terkenal di dunia kini membuat kemunculan pertamanya di Kuala Lumpur dengan persembahan balet sensasi Swan Lake yang sudah tentu menjanjikan sebuah persembahan memukau yang akan memberikan pengalaman tidak boleh dilupakan kepada para penonton. Sebuah persembahan yang tidak boleh dilepaskan!




Tiket untuk Swan Lake boleh didapati sekarang di www.myticket.asia.


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM