VARILUX® MERAIKAN 60 TAHUN LENSA PROGRESIF INOVATIF



Varilux®, jenama global yang menggerakkan industri optik daripada bifokal ke lensa progresif meraikan inovasi selama 60 tahun pada tahun ini. Di Malaysia, Varilux menjadi tuan rumah bagi satu keraian baru-baru ini untuk meraikan statusnya sebagai jenama lensa progresif nombor satu yang disyorkan oleh Profesional Penjagaan Mata. 

"Varilux® telah bergerak jauh sejak penubuhannya pada tahun 1959, dan hari ini ia adalah jenama lensa progresif nombor satu yang disyorkan oleh Profesional Penjagaan Mata. Tidak satu pun daripada perkara ini akan menjadi tanpa sokongan yang kuat daripada rakan-rakan Profesional Penjagaan Mata dan keyakinan pengguna terhadap kami. Ini adalah testimoni yang kukuh untuk kami dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan ini," kata Jean-Philippe Ho, Pengurus Besar, Essilor Malaysia. 

Sejak kejayaan lensa pertamanya, Varilux® mempunyai rangkaian lensa yang penuh dan terus berinovasi yang memenuhi keperluan individu pemakai. Varilux® telah bekerjasama dengan 38 institusi akademik di seluruh dunia bagi menghasilkan beberapa penyelesaian lensa termasuk Varilux® Comfort, yang merupakan satu langkah maju daripada segi penyesuaian dan kemudahan penggunaan, serta inovasi terbaharu Varilux® X series™, iaitu lensa progresif yang pertama untuk memaksimumkan penglihatan pada jarak dekat, sekaligus mengurangkan pergerakan kepala secara mendadak untuk memastikan penglihatan semula jadi. 

Sehingga kini, Varilux® telah menghasilkan lebih daripada 13 bilion kombinasi lensa dan masih kekal kukuh di kalangan pengguna dan gologan profesional penjagaan mata. 

Di seluruh dunia, kira-kira 1.8 bilion orang mengalami presbiopia – satu keadaan mata semula jadi yang secara umumnya mempengaruhi mereka yang berumur 40-an, menyebabkan mereka kehilangan keupayaan untuk melihat secara dekat, seperti membaca dan meneruskan tugas harian. Realiti baru presbiopia hari ini adalah bahawa ia tidak lagi disebabkan oleh faktor umur sahaja tetapi disebabkan oleh penggunaan harian alat-alat digital pada jarak membaca lebih dekat untuk tempoh yang lama, sekaligus menyebabkan ketegangan mata yang merosakkan. Penemuan baru telah menunjukkan bahawa penglihatan dekat mula berkurangan pada usia 37 tahun2, sekaligus menghasilkan golongan presbiopia yang lebih muda. 

Selama bertahun-tahun, penyelesaian untuk presbiopia adalah memakai lensa bifokal. Pemakai sering mengalami kesan sampingan yang tidak diingini seperti perubahan dalam penglihatan yang tidak selesa dan gangguan umum dalam melakukan tugas mudah seperti membaca serta aktiviti harian yang lain. 

Bagi menyelesaikan kekurangan bifokal, Bernard Maitenaz merevolusikan industri dengan ciptaan inovatifnya, Varilux® - penyelesaian lensa yang memberikan kejelasan dinamik dan keselesaan yang lebih besar, memberikan penglihatan semula jadi untuk jarak dekat, jauh dan di-antaranya. Varilux® telah memberikan pemakai pembetulan mata yang diperlukan untuk presbiopia sambil mengelakkan kekurangan yang dikaitkan dengan bifokal. 

"Kami percaya bahawa umur atau penglihatan anda tidak seharusnya melambatkan anda. Si Pemakai sentiasa menjadi tumpuan sebarang konsepsi Varilux® dan kami mahu meneruskannya, dengan memperkasakan kuasa penglihatan yang unggul, di sebarang jarak, dalam apa jua keadaan, sekaligus membolehkan presbiop untuk hidup dengan penglihatan yang lebih baik", tambah Jean. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Varilux® dan bagaimana ia dapat memperkasakan kuasa penglihatan harian anda, sila layari www.essilor.com.my/products/varilux.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3