WIPRO MEMPEROLEH SPLASH CORPORATION DARI FILIPINA
(Dari Kiri) Andy Manotok Deepak Chandran Rhodette Y Gamba Kumar Chander Wendy Yeh Marco Manuel B Nieto |
Wipro Consumer Care, syarikat Penjagaan Diri kedua terbesar di Malaysia dan pemilik jenama penjagaan kulit terkenal Safi, telah mengumumkan pemerolehan Splash Corporation (Splash), sebuah syarikat Penjagaan Diri Filipina yang terkemuka.
Pemerolehan tersebut, iaitu yang ke-11 oleh Wipro Consumer Care dan yang terbesar olehnya semenjak pemerolehan syarikat berasal Malaysia Unza pada tahun 2007, merupakan sebahagian daripada sasaran syarikat itu untuk menjadi salah satu daripada tiga pemain utama dalam pasaran Penjagaan Diri di seluruh Asia.
Memperoleh Splash akan memperkukuhkan portfolio jenama-jenama tersohor dan melengkapkan jejak langkahnya di seluruh Asia Tenggara. Ia juga akan memperlihatkan perniagaannya yang berpangkalan di Malaysia, Wipro Unza, mengambil peranan lebih besar sebagai pusat inovasi dan pembuatan. Syarikat tersebut membuat jangkaan bahawa eksport dari Malaysia akan bertambah dalam angka dua digit.
Dalam komennya mengenai transaksi ini, En Kumar Chander, Presiden – perantauan Asia Tenggara dan Timur Tengah-Afrika Utara (MENA), Wipro Consumer Care, berkata, “Dengan perasaan teruja kami mengumumkan pemerolehan Splash Corporation pada hari ini, yang akan terus mengukuhkan kedudukan kami di Filipina, iaitu pasaran penjagaan diri dan kecantikan ketiga terbesar di perantauan, dan dinilaikan lebih daripada USD 4 bilion.
En Deepak Chandran, Ketua Pegawai Kewangan – Perniagaan Antarabangsa, Wipro Consumer Care, berkata, “Pemerolehan ini menepati matlamat kami untuk mengambil kedudukan sebagai salah satu daripada tiga pemain terbesar dalam pasaran penjagaan diri di Asia, dan garis haluan kami untuk melabur dalam jenama-jenama lokal terbesar dalam pasaran baru. Kami melihat peluang istimewa untuk memanfaatkan kebolehan kedua-dua syarikat dalam pembuatan, pendapatan sumber penyelidikan dan pembangunan bertaraf dunia, penjualan dan pemasaran untuk memacu pertumbuhan di negara Filipina dan sekitar perantauan di mana kedua-kedua syarikat mempunyai ekuiti jenama.”
Pemerolehan ini membolehkan Wipro untuk memperkuatkan kedudukannya di pasaran Filipina, yang pantas membesar, dengan menggunakan kebolehan pengedaran Splash di beberapa kategori penting, malah juga di negara-negara lain yang melihat kehadiran Splash yang kuat, seperti Indonesia, Vietnam, Hong Kong dan sekitar Timur Tengah.
“Kami menantikan masa untuk membawa barangan inovatif dan terkemuka Splash kepada pengguna Malaysia dan mengongsi jenama-jenama penjagaan diri kami bersama lebih banyak pengguna di perantauan ini. Kami akan mencapai misi ini bersama pasukan Splash yang bersemangat kuat lagi berpengalaman panjang, yang telah berjaya membina sebuah perniagaan cemerlang sepanjang 30 tahun ini,” ujar Pn Wendy Yeh, Penggabungan dan Pemerolehan, Wipro Unza.
Wipro akan menyiasat sebarang peluang untuk membawa jenama-jenama tersohornya, seperti jenama kelengkapan peribadi lelaki, Romano, jenama penjagaan kulit, Bio Essence, dan jenama losyen badan, Enchanteur, kepada lebih ramai pengguna di seluruh perantauan. Selain itu, mereka juga mempertimbangkan pengembangan jenama-jenama Splash ke pasaran antarabangsa yang melihat jejak langkah Splash, termasuk Malaysia.
Dr. Rolando B. Hortaleza, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Splash Corporation, memberikan pandangan beliau tentang pemerolehan tersebut, “Saya berbesar hati atas pemerolehan Splash ke dalam keluarga Wipro, yang mendekatkan kami dengan sumber dan pasaran-pasaran yang akan mempercepatkan penumbuhan dan membolehkan kami mencapai potensi sebenar barangan kami.”
En Marco Manuel Nieto, Pengurus Besar – Penjualan dan Pemasaran Antarabangsa, Splash Corporation, berkata, “Wipro berkongsi garis haluan kami untuk membina jenama yang kukuh berdasarkan pemahaman pengguna tempatan dan mencapai matlamat ini dengan kecekapan operasi. Dengan kepakaran pemasaran dan jaringan pengedaran antarabangsa Wipro, kami boleh mengongsikan jenama-jenama kami dengan lebih ramai pengguna di Filipina, Malaysia dan sekitar perantauan.”
Splash merupakan syarikat penjagaan diri Filipina yang terbesar dalam pasaran, berkedudukan antara lima terunggul dengan jenama-jenama ikonik dan terkenal dalam empat kategori – pemutihan, eksfoliant, penjagaan rambut dan penghapusan kuman. Antara jenama-jenama Splash ialah SkinWhite, untuk losyen badan, Maxi-Peel, jenama eksfoliant utama dalam pasaran, dan Vitress, sejenis konditioner rambut.
Comments
Post a Comment