BERSIAP SEDIA UNTUK HARI RAYA DENGAN PELBAGAI TIP WOW



Ramadan yang mulia sudah hampir melabuhkan tirainya. Hari Raya Aidilfitri pula bakal menjelma dalam beberapa hari lagi. Bagi menyambut musim perayaan ini, ramai sudah mula membuat persiapan, baik perubahan di saat-saat terakhir mahupun beli-belah, bagi memastikan keluarga dan rumah mereka sudah bersedia untuk menyambut Aidilfitri.

Biarpun sibuk dengan persiapan masing-masing, beberapa personaliti popular tanah air yang turut memegang peranan sebagai hos CJ WOW SHOP telah berkongsi pelbagai tip dengan rakyat Malaysia cara menjadikan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dan penuh kegembiraan.

1.      Seimbangkan Citarasa dan juga Keselesaan Yana Samsudin

“Pastinya ramai antara kita yang sudah merancang selama berminggu-minggu untuk mendapatkan #OOTD Raya yang paling sempurna bagi mencuri perhatian pengikut Instagram kita! Inilah masa kita tampil dalam fesyen terkini dan menonjolkan gaya tersendiri yang unik.

Disebabkan kita akan banyak meluangkan masa berjalan, tidak kira berkunjung ke rumah orang lain ataupun balik kampung, kita juga harus mengutamakan aspek keselesaan.

Pilih pakaian yang bukan sahaja bergaya tetapi juga selesa. Pendek kata, pastinya anda mahu berasa selesa dan bergaya– bermula daripada solat sunat pada pagi Raya sehinggalah  jemputan ke rumah terbuka yang tidak terhenti-henti sepanjang hari.”


 2.      Sediakan Ruangan yang Selesa buat Tetamu Lilly Liyana

“Pertemuan keluarga dan sahabat handai sering menjadi antara perkara terpenting buat musim perayaan. Oleh itu, ceriakan rumah anda untuk mencipta memori yang tidak dapat dilupakan.

Amat penting untuk memastikan rumah kita berada dalam keadaan yang paling sempurna. Hiasi ruangan kediaman anda dengan warna terang, dan pastikan ianya teratur supaya para tetamu berasa selesa dan dialu-alukan.

Jangan lupa untuk ciptakan suasana yang dapat menjana “mood” perayaan untuk semua! Terangi halaman rumah anda dengan lampu hiasan perayaan, dan jangan lupa untuk memasangkan lagu Raya. Bagi saya, saya lebih menggemari lagu-lagu Raya klasik!”


3.      Sediakan hidangan yang lazat lagi sihat Cef Brian

“Kebanyakan kita merasa bersalah ketika menikmati hidangan kegemaran kita selepas sebulan berpuasa. Secara jujurnya, memang susah untuk mengawal diri apabila dijamukan dengan rendang daging, ketupat, lemang dan pelbagai lagi hidangan Raya yang begitu menambat selera.

Sebaliknya, lebih baik kita mengamalkan kesederhanaan dan cara penyediaan masakan Raya yang lebih sihat. Pilihlah ramuan-ramuan semula jadi yang segar apabila anda memasak dengan membuat pati daging anda sendiri, serta menggunakan peralatan yang mampu mengurangkan penggunaan minyak.

Buatlah persediaan yang mudah dengan beberapa masakan utama, dan sediakan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan setiap hidangan untuk diet yang seimbang.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"