FESTIVAL BORNEO ANTARABANGSA DI SURIA KLCC



Suria KLCC dengan kerjasama Persatuan Warisan Sabah Sarawak di Kuala Lumpur dan Selangor menganjurkan Festival Borneo Antarabangsa yang berlangsung mulai 12 - 14 Jun 2019 di pusat membeli-belah tersebut.


Di samping gerai-gerai jualan produk buatan Sabah dan Sarawak, festival ini juga membawakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti cabaran memakan ulat sagu, peragaan fesyen, persembahan tarian etnik, demonstrasi menganyam bakul oleh orang Penan dan sebagainya.


Majlis pelancaran Festival Borneo Antarabangsa 2019 disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samaddi dan disaksikan oleh Pengerusi dan Penasihat Persatuan Warisan Sabah Sarawak di Kuala Lumpur dan Selangor, Dr Lawrence John dan Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Datuk Hashim Wahir. 

Festival Borneo Antarabangsa sedang berlangsung di Suria KLCC.

Rantai etnik Sarawak

Baju tradisional yang disulami manik-manik halus berwarna-warni.

Demonstrasi menganyam bakul mengkuang oleh suku kaum Penan.

Hasil kraftangan yang unik 

Kek Lapis Sarawak yang beraneka perisa

Kain tenunan etnik Sarawak

Rempah-ratus Sabah dan Sarawak boleh didapati di tapak festival.

Ulat Sagu yang dikatakan kaya dengan kandungan protein.

Anda sanggup makan ulat sagu hidup-hidup?  

Beg buatan tangan

Gelang tangan yang berwarna-warni

Aksesori yang diperbuat daripada manik-manik etnik Borneo

Bakul-bakul anyaman mengkuang

Pelbagai fabrik dengan corak tradisional boleh didapati di festival ini.

Pengunjung Festival Borneo Antarabangsa mencuba cincin bertatah batu permata 

Festival Borneo Antarabangsa 2019 diadakan di Suria KLCC bermula hari ini hingga Jumaat, bertujuan mendedahkan keunikan budaya kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.suriaklcc.com.my

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!