LA’SOUL PERKENAL GINCU CREAMY MATTE VOLUMIZING
LA'SOUL Skin Nutrition Expert terkenal dengan kepakaran menghasilkan produk kecantikan unggul dan berkualiti tinggi yang diformulasikan di Korea. Sejak 2013 lagi LA'SOUL diperkenalkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Selangkah lagi LA'SOUL kini melancarkan rangkaian gincu yang bakal menyemarakkan lagi hari-hari wanita. LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick adalah gincu yang bukan sahaja bakal menyerlahkan lagi sisi wanita malahan menambahkan lagi keyakinan diri mereka.
Tekstur LA’SOUL Lipstick yang matte di luar tetapi creamy di dalam. Sangat halus dan lembut dengan kehadiran wax micro christalyn. Satu olesan pada bibir semestinya memberikan kesegaran dengan ronanya yang terang dan tahan lama.
Terdapat enam rona pilihan yang terdiri daripada Star Nude, Mocha Choc, Velvet Burgundy, Passion Rosy, Poppy Pink dan Cherry Peach, semestinya mampu memenuhi keperluan anda. Kandungan berkualiti tinggi dengan anti penuaan dan pasti membuat kulit bibir lebih anjal. Ternyata memelihara bibir anda sepanjang hari.
Berikut adalah beberapa kandungan penting yang terdapat di dalam gincu LA’SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick:
CAMELIIA JAPONICA SEED OIL
Diperkaya dengan ajen pelembap Camellia Japonica Seed Oil seperti Oleic, Linoleic, Palmaitic yang menghalang pengoksidaan kulit bibir dan membekalkan kelembapan kulit bibir secukupnya.
ROSA CANINA FRUIT OIL
Tekstur minyak lebih ringan ini memberi efek kilauan serta menyegarkan bibir. Selain itu turut memelihara kesihatan kulit bibir dan radikal bebas.
BUTYROSPERMUM PARKII (SHEA) BUTTER
Penghalang penyejatan kelembapan bibir dan sentiasa memberikan efek kelembapan pada bibir untuk kulit bibir kelihatan lebih berseri. Kandungan ini juga melindungi kulit bibir dari dan i mempercepatkan kitaran regenerasi kulit agar sentiasa terpelihara.
TOCOPHERYL ACETATE (VITAMIN E)
Akhir sekali LA’SOUL mengandungi vitamin E agar menjadi pelindung serta melambatkan kulit daripada efek anti-pengoksidaan. Juga mengurangkan nisbah dehidrasi pada kulit.
Tempahan LA’SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick boleh dilakukan menerusi Agen dan Pengedar di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam dan Australia.
Atau layari website dan sosial media LA’SOUL:
Laman web: www.snemarketing.com
Laman Facebook: La'soul Beauty by Sne Official
Laman Instagram: Lasoulbeautybysne
Comments
Post a Comment