5 TRIVIA TENTANG TEH YANG MUNGKIN MENGEJUTKAN ANDA



1. Teh Hijau dan Teh Hitam datang dari tumbuhan yang sama! Mesti anda tak tahu kan?

Ya… anda betul tu! Kedua-dua jenis teh ini datang dari tumbuhan yang sama iaitu Camellia sinensis. 


Perbezaannya hanya, teh hitam diperamkan di mana daun-daunnya akan dikeringkan dan teh hijau tidak diperamkan. Malah, daun teh hijau yang tidak diperamkan, menjadikannya sangat ringan dan sihat diminum dengan kadar yang banyak.


2. Teh lebih sihat dari kopi....betul ke?

Debat mengenai teh dan kopi, yang manakah lebih sihat; telah berlarutan sejak sekian lama. Namun...teh telah terbukti mengandungi lebih manfaat kepada kesihatan. Ia mempunyai tahap antioksida yang tinggi yang membantu mengurangkan keradangan dan menghalang saluran darah daripada mnjadi keras.

Ia juga mengurangkan risiko kencing manis, strok dan penurunan ingatan akibat faktor umur! Hebat, bukan? Kami syorkan anda untuk minumlah teh ;)


3. Teh Chamomile membantu anda tidur lena? 

Masalah tidur? Cubalah Teh chamomile! Selama bertahun-tahun, teh chamomile digunakan untuk mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan insomnia. 

Chamomile mengandungi tahap apigenin yang tinggi yang mengikat reseptor khusus dalam otak anda untuk mengurangkan kegelisahan dan membolehkan anda tidur lena atau bertindak sebagai ubat penenang dalam kadar sederhana.


4. Terdapat lebih kurang tiga ribu jenis teh...wow, biar betul!

Nanti dulu! Teh yang asas ialah teh hitam, hijau, putih, oolong dan puer. Ini yang sebetulnya. Namun begitu, seperti juga wain, teh mempunyai tiga ribu jenis yang berbeza! 

Rasa pelik? Bergantung kepada di mana daun teh tersebut tumbuh dan jenis tumbuhan teh tersebut, daun teh dan rasanya memang banyak perbezaannya.


5. Anda boleh gunakan teh untuk apa sahaja!

Betul tu...anda boleh membuat trufel coklat bersalut Earl Grey atau daging Australia dibubuh Earl Grey!

Dari teh kocak, pencuci mulut, hinggalah hidangan utama, cubalah untuk meyertakan teh dalam masakan anda yang seterusnya dan pastinya kawan-kawan anda kagum dengan gabungan yang unik ini!

Lain kali semasa minum teh dengan kawan-kawan wanita atau...kawan lelaki, bolehlah anda kongsikan satu atau dua fakta yang menarik ini. Mudah dan nampak macam Pakar Teh, kan? Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, silalah layari https://www.dilmahtea.com/.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING