FRISO GOLD GALAK IBU-IBU MENGASUH SECARA SEMULA JADI
Alam keibuan dianggap sebagai satu perjalanan yang penuh dengan kegembiraan, kekaguman dan penemuan. Walau bagaimanapun, keibubapaan hari ini dengan gaya hidup yang sibuk telah mengurangkan masa yang diluangkan bersama oleh ibu dan anak-anak. Kanak-kanak juga menghabiskan masa mereka menggunakan alat elektronik yang mengakibatkan detik-detik penting serta pengalaman bersama termasuk bermain di luar tergadai. Ibu bapa juga menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk memastikan pencapaian akademik anak-anak mereka cemerlang. Ini menyebabkan anak-anak mereka didorong untuk memulakan pembelajaran akademik secepat mungkin.
Friso Gold®, salah satu daripada jenama susu tepung rumusan untuk kanakkanak yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini memperkenalkan Kempen Growing Up Together, Naturally yang disokong oleh pemahaman mendalam bahawa membesar bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi ibu juga turut belajar semasa mereka membesarkan anak-anak mereka. Kempen ini bertujuan untuk memulakan pergerakan sosial yang mempraktikkan pengasuhan semulajadi di kalangan ibu-ibu Malaysia.
"Friso Gold® menggalakkan pengalaman bersama di antara ibu dan anak mereka kerana peluang untuk menyaksikan kanak-kanak membesar sambil ibu mempelajari perkara baru pada masa yang sama adalah satu perjalanan yang sangat dihargai. Pengalaman yang pelbagai menjadikan pengajaran terbaik untuk kedua-duanya dan ia boleh berbentuk aktiviti fizikal, pertumbuhan emosi, detik pembelajaran yang baik atau buruk dan ia adalah sesuatu yang tidak dapat dipelajari daripada buku. Dengan menggalakkan ibu-ibu untuk mengamalkan gaya keibubapaan yang lebih dinamik, ia membantu membina kekuatan dan peribadi anak-anak, dan membolehkan mereka membesar dan belajar mengikut kadar mereka sendiri," kata Eugenie Laarman, Pengurus Pemasaran, Dutch Lady Milk Industries Berhad.
"Jenis gaya keibubapaan ini dapat diterapkan dengan mudah dan diamalkan setiap hari. Ia semudah berkongsi lebih banyak masa bersama seperti berjalan di sekitar kawasan rumah bersama, membuat biskut, atau aktiviti bermain-main secara tidak teratur di luar kediaman rumah. Oleh itu, kami ingin menyebarkan pemahaman yang lebih baik mengenai pengasuhan semula jadi dan untuk melaksanakannya dengan berkesan, kami pasti memerlukan pengaruh ibu-ibu Malaysia kita," tambah beliau.
Untuk memberi inspirasi dan sokongan kepada ibu-ibu Malaysia dalam mempraktikkan konsep ini, Friso Gold® bekerjasama rapat dengan Charis Wong, Pakar Psikologi Kaunseling untuk berkongsi kepakarannya tentang pengasuhan semula jadi serta amalan-amalannya.
"Saya benar-benar mempercayai manfaat positif pengasuhan semula jadi kerana ia menguatkan ikatan ibu dan anak melalui pengalaman bersama apabila anak-anak terdedah kepada permainan bebas dan semula jadi. Pada masa yang sama, penglibatan dengan dunia luar dan interaksi bersama alam membantu kedua ibu dan anak-anak menguasai pembelajaran pengalaman melalui penggunaan deria," kata Charis.
Pada masa yang sama, Friso Gold® bekerjasama dengan tiga ibu selebriti - Pereka Fesyen Malaysia, Nurul Zulkifli, Usahawan Fesyen dan Pereka, Yiu Lin dan Blogger Fesyen dan Famili, Cheesie, serta anak-anak mereka untuk mengenali keceriaan membesar bersama, secara semula jadi. Ibu-ibu selebriti ini mendapati bahawa menerapkan konsep pengasuhan semula jadi ke dalam gaya keibubapaan mereka menyediakan cabaran yang menarik dan akan terus berkongsi penemuan serta kejayaan mereka melalui media sosial.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen Growing Up Together, Naturally, bagaimana untuk mengamalkan pengasuhan semula jadi, dan juga cabaran praktikal Friso Gold® yang dapat dicuba oleh ibu, sila menuju ke laman web Friso Gold® di www.frisogold.com.my.
Friso Gold® mempercayai keunggulan pendekatan semula jadi dalam kedua-dua susu tepung rumusan untuk kanakkanak dan pendekatan keibubapaan. Friso Gold® mengambil sifat terbaik alam semula jadi dan menjadikannya lebih baik dengan sains dan kepakaran dalam setiap langkah proses kami di Belanda. Friso Gold® juga percaya bahawa segala-galanya bermula dalam usus, itulah sebabnya Nutrisi Alam Semula jadi Friso Gold® membantu kanak-kanak menjadi kuat dari dalam. Memiliki daya ketahanan fizikal memastikan anak-anak dan ibu dapat menghadapi pengalaman bersama ini dan membesar bersama-sama, secara semula jadi.
Comments
Post a Comment