LULU HYPERMARKET KINI DIBUKA DI 1 SHAMELIN MALL, CHERAS



Penduduk-penduduk kawasan Cheras dan sekitarnya tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tawaran promosi hebat dan harga barangan murah daripada Lulu Hypermarket.

1 Shamelin Mall - Lokasi strategik untuk membeli-belah bagi warga Cheras

Rangkaian pasar raya terbesar di Timur Tengah, Lulu Hypermarket, kini telah membuka cawangannya yang kedua di Malaysia di pusat membeli-belah 1 Shamelin Shopping Mall, Cheras. Pasar raya pertama Lulu di Malaysia terletak di CapSquare, dibuka pada 2016 dan mendapat sambutan yang hebat daripada warga Lembah Klang.

LuLu Hypermarket dibuka di 1 Shamelin Mall pada 1 Julai 2019

Orang ramai berpusu-pusu mendapatkan barangan dengan harga istimewa sempena pembukaan rasmi LuLu Hypermarket, 1 Shamelin Mall

Bangunan pasar raya yang baru ini berukuran lebih 7,400 meter persegi tersebut adalah juga cawangan global Lulu yang ke-174. 

Ia menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian, makanan, barangan elektronik dan sebagainya di bawah satu bumbung. Pelbagai promosi juga diadakan bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pengguna dengan harga yang amat berbaloi.

Untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan kepada pelanggan-pelanggan, LuLu telah membahagikan beberapa kategori produk seperi barangan keperluan harian, barangan tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging dan ayam, barangan kering, pakaian, elektronik, lT, alat tulis, barangan sukan, kasut, bagasi dan sebagaianya.

Bahagian Daging, Ayam dan Makanan Laut

Pelanggan mendapatkan telur yang dijual dengan harga istimewa sempena hari pembukaan LuLu Hypermarket, 1 Shamelin

Aneka pilihan kek dan pastries dengan harga serendah RM1

Nak makan cara yang sihat? Dapatkan salad segar di sini.

Laluan yang luas untuk kemudahan membeli-belah

Set televisyen pelbagai jenama popular dengan harga runtuh

Potongan harga sehingga 50% di bahagian pakaian

Tawaran Terbaik untuk pelbagai bagasi dan beg.

Tawaran Best Giler untuk mesin basuh berjenama

Mi kuning segar terhad dua pek untuk seiap pelanggan

Delicatessen menawarkan makanan lazat dan segar yang sedia dimakan.

Tiada masa untuk memasak? Dapatkan lauk-pauk dan makanan panas di sini.

Hasil tamanan Malaysia 

Bahagian buah-buahan

Aneka manisan

Roastery menawarkan makanan snek yang enak seperti kekacang dan buah-buahan kering premium

Bahagian ayam segar

Bhagian makanan laut segar

Dapatkan telefon pintar dan aksesori di bahagian LuLu Connect 

Cawangan LuLu yang terbaru ini juga menampilkan konsep eksklusif "kedai dalam kedai" untuk pilihan produk dan makanan import yang "bebas daripada", contohnya  bebas-Gluten, organik, tiada gula, tiada perisa tambahan, tiada pengawet serta makanan khas dari serata dunia.

Pelanggan-pelanggan mengambil peluang utnuk mendapatkan tawaran sempena pembukaan rasmi LuLu Hypermarket, 1 Shamelin

Pelanggan-pelanggan dengan troli yang penuh menanti untuk membuat pembayaran.

Bersempena dengan pembukaan cawangan kedua di 1Shamelin Mall Cheras, Lulu Hypermarket turut mengadakan jualan 'INAUGURAL SALES' sebagai promosi serta menghangatkan lagi sambutan pembukaan tersebut.

Harga berbaloi,Barangan Berkualiti. Anda tunggu apa lagi? Jom ke LuLu!

Pasar raya baru itu telah dirasmikan oleh Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini.

Pengerusi Lulu Group, Yusuff Ali berkata, pembukaan cawangan baru itu adalah sebahagian daripada perancangan perluasan syarikat itu di Malaysia dan syarikat komited akan membuka empat lagi pasar raya hiper di bahagian lain di negara ini sebelum berakhirnya 2020, termasuk di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang di Melaka dan Johor Bahru.

Untuk maklumat promosi-promosi ini, sila layari

Alamat: 
LuLu Hypermarket, 1 Shamelin 
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!